Sesetengah mak-mak, bila masak beras pulut memang gagal. Ada saja tak kena mesti jadi lembik dan terlebih air terutamanya bila masak dengan periuk eletrik.
Ada juga yang sudah biasa akan masak beras pulut dengan kukus sahaja. Lagi senang walaupun ambil masa yang agak lama.
Bagi yang baru nak belajar dan tak biasa masak beras pulut, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Cik Munirah Mat Jusoh. Mudah dan cepat. Paling penting, ia tak berkerak dan tak perlu rendam pun.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Beras Pulut Susu Rahsia Kulit GEBU Wanita Thailand
Ini Caranya Masak Pulut Kuning Berkilat, Tahan Lama Tak Mudah Basi!
Info Lebih Menarik DI SINI
Ini cara saya masak dalam rice cooker. Bagi yang tak biasa masak, boleh cuba cara ini. Senang sangat.
Caranya:
Masak beras pulut ikut keperluan yang nak makan. Saya masak sedikit saja untuk dua orang makan. Yang penting, beras pulut tak perlu rendam.
Selepas basuh beras, sukatan air tidak lebih dari 1 cm dari paras pulut.
Info:
Rasanya, ia tidak sesuai untuk masak pulut kuning. Mungkin kena kukus. Ini untuk masak makan dengan pulut durian, ikan kering, pengat durian atau pengat pisang.
1. Paras beras pulut sebelum masuk air.
2. Air tak lebih 1 CM dari paras pulut
3. Ini pulut yang sudah siap masak.
4. Alhamdulillah tak berkerak pun.
Mingguan Wanita : Boleh cuba. Kalau nak asak untuk sekali makan, bolehlah masak cara ini. Cepat pun cepat.
Sumber: Cik Munirah Mat Jusoh
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita