Cara Mudah ‘Ikat’ Anak Sentiasa Ingat Mak Ayah Sampai Bila-Bila

Share

Sekarang tengah cuti sekolah, tentu mak-mak kalut, maklum sahaja nak kena sediakan makanan sebelum ke tempat kerja, risau anak-anak tak makan nanti. Itu masa hari-hari kerja.

Tetapi bila hujung minggu, sibuknya lain pulak. Sediakan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk keluarga. Belum lagi keluar suara tarzan, bila anak-anak mula bertelagah sastu sama lain

Abang sakat adik, adik menangis. Angah pula main ‘lawan-lawan’ dengan adik, menangis sebab kena tumbuk dengan angah. Pening kepala mak-mak. Boleh dikatakan bangun je pagi, mulut mak-mak mula tak berhenti. Kalau senyap pun bila masa tidur ajelah. Itulah mak-mak, marah macam mana sekali pun, sayangnya tetap ada. Sebolehnya mahu melihat anak-anak gembira, sihat dan berjaya.

Didik Anak Jangan Tangguh
Nakal, degil macam mana pun anak tetapi bila berada di luar mesti kena jaga adab terutamanya apabila berada di luar rumah. Apatah lagi, bila anak-anak mula membesar dan dewasa. Sebab itulah, mak-mak kena mula didik anak sejak dari kecil lagi.

Menurut Pak Riz, Pakar Perunding Ilmu Kekeluargaan

yang berpengalaman selama hampir 26 tahun, ada cara untuk ‘ikat’ anak, bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga supaya anak sentiasa ingat pada ibu bapa.
Bayangkan semasa mak memasak di dapur, hati kecil mesti terlintas, along buat apa kat depan ruang tamu tu. Tak semena-mena along akan muncul bertanyakan maknya…Itulah hati kecil ibu, bila terlintas sesuatu,teruslah berdoa yang baik-baik untuk anak.

Pak Riz turut berkongsi ilmu untuk mengikat hati anak:
1.Setiap kali memasak di dapur, bacalah surah Al Fatihah dan berdoalah yang baik-baik untuk anak dan keluarga.
2.Bila bercakap dengan anak, pegang tangan anak dan jangan lepas. Bercakaplah dengan anak sambil memegang tangannya.

3.Semasa kecil, susulah anak sehingga dua tahun. Saat menyusu anak itu, cuba hantar mesej dengan berdoa..”Jadilah anakku ini supaya sentiasa ingat dengan aku…”

Sentuhan yang paling berkesan antara ibu bapa dengan anak ialah:
a) Sentuh atas ubun kepala dan ucaplah dengan kata yang baik-baik.
b) Pegang bahu anak bila berjalan bersama.

Published by
Nora