Kalau zaman remaja, paling risau bila tumbuh jerawat. Tapi, bila dah makin bertambah usia, muncul pula jeragat. Nak hilangkan jeragat pun agak sukar kalau tidak kena sesuai dengan kulit. Takutnya makin bertambah pula.
Kadang-kadang, penggunaan produk tertentu juga boleh membuatkan jeragat muncul. Mungkin tak sesuai dengan kulit. Satu hal pula nak kena cari produk yang sesuai untuk hilangkan jeragat.
Sebelum mencuba produk tertentu yang tidak tahu keberkesanannya, apa kata cuba dulu petua tradisional untuk hilangkan jeragat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Paling MURAH, Patutlah Wanita Thai Cantik-Cantik!
Jangan Buang KULIT PISANG, Rupanya Banyak PETUA Untuk CANTIK, Mudah & Jimat
Info Menarik Lain DI SINI
Ada cara alami nak singkirkan jeragat de gil ini. Guna getah bawang merah saja. Banyak manfaat bawang merah ini untuk kecantikan wanita. Antaranya mengawal paras kolesterol dalam badan dan mencegah keguguran rambut.
Dalam perawatan wajah, getah bawang merah banyak memberi manfaat dan awet muda.
Jadi, tak perlulah bersedih kalau produk kecantikan tak sesuai untuk hilangkan jeragat. Guna saja cara petua tradisional ini.
Cara 1 : Belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat.
Lakukan dua kali sehari, mak-mak akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-kuat bimbang boleh cederakan kulit muka.
Cara 2 : Ambil air perahan bawang merah. Campurkan dengan yogurt asli (Tak perlu banyak, cukup untuk sekali pakai). Adun sebati dan sapu di muka. Biarkan 10 ke 15 minit barulah cuci bersih.
Khasiat Bawang Merah
Anti Penuaan
Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit wajah.
Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi akan membantu meningkatkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Kurangkan Jerawat
Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti bakteria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membu nuh kuman malah membantu menyembuhkan luka bekas jerawat.
Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar 20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.
Fungsi Mencerahkan Kulit
Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam, cubalah sapukan masker bawang merah ini.
Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.
Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.
Beras & Kunyit
Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup.
Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.
Kulit Pisang Berangan
Sapukan wajah yang bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.
Hampas Kelapa
Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang. Ia juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.
Susu Tepung
Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari.
Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh satu sudu susu tepung dengan air perahan limau nipis. Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Khasiat Sirih Muda
Petik beberapa helai sirih muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus.
Kulit Kayu Manis
Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah.
Atau anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya, jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.
Mingguan Wanita : Tak prlulah nak bazirkan duit dengan produk yang mahal-mahal. Bukan apa, bimbang tak sesuai dengan kulit muka. Cuba dulu petua tradisional ini.
Sumber: Rencah Rasa
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita