Salah satu adab di dalam menyambut kelahiran bayi ialah mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan lahir dan sangat digalakkan dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Ia perlu dikumpul, ditimbang dan dianggarkan dengan nilaian emas serta diniatkan untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
Selain tujuan menjaga kebersihan kepala bayi ia merupakan amalan sunnah yang sangatlah elok dilakukan dalam meraikan kelahiran anak yang dinantikan.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut babyR ni berat 0.99gram.
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Boleh beli penimbang murah di sini.
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1. Ambil 1 bekas berisi air suam
2. Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3. Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5. Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6. Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je . Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7. Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini:
Pecah Rekod Dunia, Punyalah Panjang Letak Nama Anak Ada 1,019 Huruf!
Beri Nama Anak Bukan Ikut Sedap Sebut, 8 Kesilapan Ini Tanpa Sedar Mak Ayah Buat
Mingguan Wanita: Sunnah bayi yang baru lahir dicukur rambutnya pada hari ketujuh kelahiran.Begini rupanya cara betul nak kumpul rambut bayi sebelum ditimbang mengikut nilai emas/perak dan disedekahkan kepada fakir miskin.
Sumber: Halimatulssaadiah Wan Jusoh
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita