Salah satu adab di dalam menyambut kelahiran bayi ialah mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan lahir dan sangat digalakkan dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Ia perlu dikumpul, ditimbang dan dianggarkan dengan nilaian emas serta diniatkan untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
Selain tujuan menjaga kebersihan kepala bayi ia merupakan amalan sunnah yang sangatlah elok dilakukan dalam meraikan kelahiran anak yang dinantikan.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak.
Gambar sebelum kena cukur.
Berat Rambut Dinilai Harga Emas/Perak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas(nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut babyR ni berat 0.99gram.
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
Ads
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1. Ambil 1 bekas berisi air suam
2. Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3. Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5. Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6. Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je . Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7. Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.
Gambar selepas kena cukur. Lupa nak ambil gambar lepas cukur masa hari ke 7 tu.
Mingguan Wanita: Sunnah bayi yang baru lahir dicukur rambutnya pada hari ketujuh kelahiran.Begini rupanya cara betul nak kumpul rambut bayi sebelum ditimbang mengikut nilai emas/perak dan disedekahkan kepada fakir miskin.
Suasana norma baharu sekarang ini, bila nak keluar rumah mesti ada benda nie untuk keselamatan diri dan keluarga. Bagi yang bertudung, satu masalah bila nak memakainya. Sebab tu macam-macam cara yang digunakan untuk menyambung mask supaya terletak cantik memakainya.
Tutorial daripada Ezy Eizyanie cukup menarik dan bahan untuk membuat mask extender pun senang nak dapat. Kalau dah terror, siap boleh buat jual lagi. Maklum la musim sekarang nie ramai yang mencari dan penting bila nak ke mana-mana.
Mesti ramai cari face mask extender ni kan. Meh kita share camna nak buat untuk cara yang paling SENANG sekali. Barang2 macam ni kat ECO ada, Mr. DIY pun ada
Bahan-bahan:
Getah (tak kisahlah apa2 getah pun, getah rambut yang kecil tu pun ok)
Button
Jarum
Benang
Cara nak buat berpandukan pada gambar yer.
Bahan yang diperlukan.
Ukur getah ikut pada keselesaan.
Potong getah.
Ambil butang. Jahitkan pada hujung setiap getah.
Siap satu bahagian.
siap.
Mudah je kan.
Bolehlah untuk sendiri buat sendiri pakai
MW: Selamat mencuba, nanti bolehlah buat stok banyak untuk kegunaan sendiri, ada rezeki boleh dijual pada kawan-kawan.
kalau nak tengok pelbagai barangan keperluan, bolehlah ke sini
Biasannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Lebih-lebih lagi jika jenis periuk yang sering digunakan dan bertahun-tahun lama usianya.
Sebenarnya ada petua mudah dan berkesan untuk pastikan periuk yang digunakan tetap cun melecun dan bersih berkilat. Iaitu menggunakan lebihan sabun mandi (buku/ketul) dan sental dengan berus dawai besi keluli halus.
Petua berkesan ini dikongsikan oleh Puan Zainun Mamat sebagai rujukan.Periuknya yang telah berusia 22 tahun masih kelihatan cun melecun, tahan lama dan bersih berkilat macam baru.
Berikut perkongsian tersebut.
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.
Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.
Caranya mudah je:
1.Rendam besi keluli dengan sabun mandi Dan sedikit air. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih.
2.Selepas itu boleh lah sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3.Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, hangus dan berkerak tebal. Kalau payah nak bersihkan dan nak jadi berkilat tu boleh cuba petua sabun mandi yang dikongsikan ini.
Rupanya antara tip supaya pokok kacang botor berbuah lebat ialah perlu buang daun, pucuk dan tunasnya di pangkal pokok.Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Sedap dijadikan ulaman atau ditumis begitu sahaja.
Kacang botor merupakan tanaman jenis jangka masa pendek yang mudah mengeluarkan hasil.Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Namun yang selalu menjadi masalah bila tanam kacang botor ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Jika hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penanaman yang dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat tak putus-putus berbunga dan berbuah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Alhamdulillah hasil kutipan hari ini. Berbagi rezeki dengan jiran. Ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun. Petua dia senang je, buang daun dan tunas-tunas di pangkal pokok dan letak baja organik, hasilnya dengan izin Allah.”
Batang pokok kacang botor dibuang pucuk dan tunas dipangkal pokok.Bunga kacang botor tak putus berbunga.
Cara Penanaman:
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
Mingguan Wanita: Begini rupanya petua nak tanam kacang botor supaya berbuah lebat tak putus-putus. Kena buang daun, tunas dan pucuk di pangkal pokok. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.