Bagi mak-mak yang rajin buat kek, biasanya menggunakan whipping cream ini sebagai salah satu bahan utama. Namun sedia maklum, sekotak kecil harga Whipping Cream ni pun boleh tahan harganya. Kalau berniaga, lebih jimat kos bila buat sendiri Whipping Cream ni. Nak buat pun mudah sahaja, guna 5 bahan, pukul rata semuanya.
Dekat Kuala Terengganu sekarang memang Tatura Cream Cheese & Whipping Cream dah habis ehh. Ni penangan Kek Tornado Viral ke? hehe. Saya cari dekat semua kedai bakery tapi dah habis. Last-last tanya staff kedai bakery resepi buat whipping cream sendiri. Saya share sekali dekat sini supaya senang nanti saya pun nak tengok lepas-lepas ni.
By the way whipping cream ni lagi jimat..hihi. Rasanya pun sedap, tapi saya 1st time jugak try ni yea. Jadi tak tau tahan lama mana kalau nak simpan hihi.
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu susu tepung full cream
2 sudu gula halus **kalau suka manis buat 3 sudu
kiub Ais 1 mangkuk
Pukul semua bahan-bahan sehingga kental seperti dalam gambar.
**Hati-hati masa pukul semua bahan nanti ais terpelanting.
Siap! Selamat Mencuba!
Nak lagi mudah beli je la whipping cream harga murah di sini.
Sos Butterscoth Vs Sos Karamel Tak Sama, Kepekatan Asli Dari Whipping Cream, Jangan Keliru
Beza Fresh Cream & Whipping Cream, Senang Faham Supaya Tak Tersalah Beli
Jimat Kos Buat Whipping Cream Sendiri, Mudahnya Enam Minit Siap!
Buat Sendiri ‘Air Mahal’ Guna 3 Bahan, Rasa Ala-Ala Choc Cream Chip Starbucks!
Buat Sendiri ‘Korean Cream Cheese Garlic Bread’ SEDAP, Semerbak Bau Satu Rumah!
Mingguan Wanita : Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini di rumah. Bila buat sendiri lebih yakin kebersihannya, terjamin halalnya dan jimat kos. Guna 5 bahan je.
Sumber: Shaza Kamilah
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita