Bagi mak-mak yang rajin buat kek, biasanya menggunakan whipping cream ini sebagai salah satu bahan utama. Namun sedia maklum, sekotak kecil harga Whipping Cream ni pun boleh tahan harganya. Kalau berniaga, lebih jimat kos bila buat sendiri Whipping Cream ni. Nak buat pun mudah sahaja, guna 5 bahan, pukul rata semuanya.
Boleh cuba buat Whipping Cream sendiri seperti yang dikongsikan oleh Puan Shaza Kamilah ini.
Dekat Kuala Terengganu sekarang memang Tatura Cream Cheese & Whipping Cream dah habis ehh. Ni penangan Kek Tornado Viral ke? hehe. Saya cari dekat semua kedai bakery tapi dah habis. Last-last tanya staff kedai bakery resepi buat whipping cream sendiri. Saya share sekali dekat sini supaya senang nanti saya pun nak tengok lepas-lepas ni.
By the way whipping cream ni lagi jimat..hihi. Rasanya pun sedap, tapi saya 1st time jugak try ni yea. Jadi tak tau tahan lama mana kalau nak simpan hihi.
Bahan-Bahan:
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu susu tepung full cream
2 sudu gula halus **kalau suka manis buat 3 sudu
kiub Ais 1 mangkuk
Cara Membuat:
Pukul semua bahan-bahan sehingga kental seperti dalam gambar.
**Hati-hati masa pukul semua bahan nanti ais terpelanting.
Ads
**Guna bekas besar sikit supaya whipping cream boleh mengembang dengan jayanya.
Siap! Selamat Mencuba!
Nak lagi mudah beli je la whipping cream harga murahdi sini.
Mingguan Wanita : Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini di rumah. Bila buat sendiri lebih yakin kebersihannya, terjamin halalnya dan jimat kos. Guna 5 bahan je.
Tak kiralah banyak atau sedikit, mak-mak kena pastikan ada simpanan tetap setiap bulan sebagai kegunaan sewaktu kecemasan mahupun kegunaan dimasa hadapan.Ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk melakukan simpanan ini.
Ramai menganggap jumlah tabungan tersebut agak ‘membebankan’ lebih-lebih lagi dengan keadaan komitmen sedia ada.Sebenarnya ada cara yang lebih mudah boleh dicuba iaitu dengan jumlah yang lebih sedikit tapi tetap mendapat tabungan yang banyak.
Bagi pasangan suami isteri, atau nak tabung sendiri je pun boleh cuba membuat simpanan yang dinamakan tabung bajet seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Siapa sangka bermula RM10 sebulan dan dilakukan secara berperingkat dan konsisten,boleh dapat RM780 setahun! Cara ini lebih menyeronokkan dan tidak terasa ‘menabung’ kerana ada target yang perlu dipenuhi sehingga akhir tahun. Malah boleh digunakan untuk pelbagai perkara nanti.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
“Cuba bayangkan, apa korang dapat beli dengan RM780?”
Mesti banyak benda dapat dibeli. Nak beli 1 dinar emas (4.25 gram) dapat, melancong dalam negeri boleh, nak beli jersi Juventus original pun ok.
Nak jadikan sebagai modal bisnes air buah pun boleh sangat-sangat!
Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward family. Bawak pergi makan paling sedap dan sebagainya.
Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar.
Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!
Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya.
Korang tahu tak, berapa jumlah total setahun ini bersamaan RM780! Banyak benda dapat dibeli dan dibuat dengan amaun jumlah ni kan.Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah.
Hafizul Hakim
Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Selamat Menabung! Biar mula dengan sedikit tapi konsisten membuat simpanan demi masa depan.
Seronoknya bila tengok pokok tanaman atau pokok bunga yang tumbuh merimbun di halaman rumah. Ada pokok hiasan buat sejuk mata memandang. Ada yang menanam pokok tanaman untuk setakat rezeki makan di rumah pun sudah cukup bersyukur.
Namun, dalam ‘membelai’ pokok-pokok kesayangan tentu kita tak dapat lari dengan masalah perosak. Hinggakan bila mahu mula merasa hasilnya, adalah perosak yang singgah dahulu. Sedih.
Kebanyakan pokok tanaman yang senang dan mudah dijaga serta sesuai di tanam di halaman rumah tentulah bayam brazil. Ia cukup popular dengan khasiatnya dan sangat mudah ditanam.
Walau bagaimana ia sangat mudah tumbuh tetapi ia juga sangat senang diserang ulat. Ini belum lagi termasuk serangan perosak pada pokok tanaman lain. Naik geram di buatnya.
Kali ini, Siti Samsiah berkongsi tentang car auntuk atasi ulat yang datang ‘singgah’ pada daun bayam brazil. Moga ia boleh membantu mak-mak di luar sana. Boleh cuba tip ini.
“Saya nak berkongsi cara untuk mengatasi masalah yang selalu meratah daun bayam brazil. Ini untuk bayam brazil sahaja tau.
“Jangan ditanya tentang nak halau belalang, semut atau anai-anai mahu pun pokok tanaman lain. Itu saya belum buat ujikaji lagi. Harapnya ia boleh membantu dan teruslah berkebun di rumah.
Caranya:
1.Rebus 1 camca kecil (1 sudu kecil) bunga cengkih bersama 1 liter air.
2.Rebus sehingga mendidih.
3.Kemudian, sejukkan dan tapis.
4.Semburlah pada bayam brazil sebanyak dua atau tiga kali seminggu pada awal pagi dan lewat petang.
5.Kalau ingin sembur setiap hari pun lagi bagus supaya pucuk baru tak di makan ulat.
Dah pulih daun2 selepas disembur air rebusan cengkih.
Boleh nmpk kesan di mkn ulat pd daun lama tu. Daun baru dh elok cun melecun.
MW: Boleh cuba tip ini. Bukan setakat halau ulat, tapi boleh buatkan pokok tumbuh merimbun.
Nak tempat sejuk, tak perlu pergi jauh pun, cukup pergi ke Cameron Highlands saja. Bukan setakat suasana yang sejuk, macam-macam aktiviti yang best ada kat sana.
Kalau ke Cameron Highlands tak perlu risau bab-bab makan dan tak tahu nak ke mana. Ada banyak tempat yang menarik, rasanya dalam sehari pun tak habis nak jelajah di situ.
Apa yang best sangat sampai dijadikan port best yang wajib kita pergi ke sana. Ikuti tip perkongsian ini.
Kenapa anda patut pergi Cameron Highland dalam masa terdekat
1. Harga strawberry antara paling murah lepas Selepas PKP. RM15 boleh dapat selonggok,memang puas hati
2. Musim avocado.boleh beli avocado murah. RM18-RM20 sekilo
3. Floral Park dah berbunga penuh dan boleh naik sampai ke puncaknya sekarang
4. Cuaca Baik tiada hujan pagi jadi boleh jalan puas-puas pagi
5. Kek Viral Paktam dah buka dekat Kea Farm
Tip jika nak Ke Cameron Highlands
HARI DAN CUACA
1. Hari Selasa-Rabu adalah hari termurah rate Hotel.
2. Sabtu-Ahad adalah paling tak best. Bilik mahal, barang mahal dan juga JEM semua tempat. stres.
3. Petang selalu hujan…hujan dan ribut sejuk memang tak best jalan-jalan. Jadi sila habiskan jalan-jalan pagi sampai tengah hari. Petang lepak hotel makan strawberry minum teh panas
4. Keluar jalan-jalan pagi pakai longsleeve dah cukup. Tengah hari panas, mesti menyesal pakai sweater. Pasar Malam hanya ada pada hari Jumaat malam.
SHOPPING
5. Di Kea Farm strawberry, ubi jagung semua murah sebelah kanan.. Tempat bazar baru, sebelah parking kereta. Pilihan pun banyak.
5.1. Pokok bunga paling murah di Cactus Point..dah 4 tahun harga masih sama.
5.2 Tanya pokok yang anda beli boleh hidup atau perlu siram banyak air atau tidak. dia akan ajar
5.3. Ubi paling manis adalah yang isi kuning.. Yang purple lawa saja tapi tawar. harga RM9-11/kilo
5.4. Strawberry putih mahal. RAsa lebih lemak. ada di S’corner. Kena makan atas ni saja. Kalau bawa turub dia rosak
5.5. Bila sampai Cameron Highland beli strawberry dan coklat celup terus. Nanti boleh makan di bilik petang/malam memang best.
5.6 Jangan terkena dengan scam coklat kotak.. kadang2 kotak saja besar coklat biasa saja.. Jagung mutiara juga RM20. 3-5 batang..kalau jumpa RM10 selonggok tu anda kena tipu.
MAKAN
6. Steamboat tersedap kegemaran kami adalah Fern Nyonya. Kedai cina tapi halal.
7. Steamboat lain-lain mostly pilihan banyak tapi rasa sama jah. (pandangan peribadi dah cuba semua)
8. Kedai Makan Kelate best di D Bamboo di Tanah Rata. memang masakan pior ori kelate. Tomyam panas-panas best
9. Menu sayur goreng/sup adalah terbaik di Cameron sebab dia segar dooh. rangup krup-krup. Wajib cuba
10. Sos Strawberry tersedap adalah jenama Chocoberry House. Rasa mahal, cair just nice memang sedap dooh. RM5 saja
11. Sarapan paling best adalah beli dekat Family mart/bungkus, makan picnic di taman taman. Puas hati sungguh
12. Family mart best datang pagi pukul 7-8 memang tak ada orang
HOTEL
13. Paling best adalah duduk hotel yang tinggi-tinggi macam Corpthorn view bilik dia boleh buat anda terkejut lawa. Minta view mengadap gunung.
13. Hotel best dengan view gunung/beranda lawa adalah Strawberry Park, Casa Loma, Corpthorn, De La Fern, Bala’s
14. Nak cuba glamping murah boleh cuba Backyard Glamping di dekat Abang Strawberry. tinggal dalam Khemah
15. Kalau datang nak shopping sila duduk area Kea Farm senang balik nanti.
16. Hotel memang tiada aircond. Jadi kena cari hotel yang tingkap besar atau ada beranda untuk bernafas best..
16.1 Nak bajet boleh cuba Desa Anturium ke apa yang rumah Flat tu. Rumah banyak bilik harga bawah RM100
Aktiviti Menarik
AKTIVITI
17. Mossy FOrest kena pergi dengan 4×4. Kereta rendah memang akan tersangkut. Cara nak pergi join trip hotel..RM50++/kepala biasanya
18. Jogging pagi memang best. dia punya nikmat lain sungguh
19. Bawa barang-barang picnic.. dan picnic di taman memang puas hati.
20. Ladang teh terbaik adalah Bharat Cameron Valley 1, boleh turun naik kereta dia RM15 saja. kalau jalan kaki RM3.
21. Floral Hills yang viral tu harga dia boleh tahan. Tak nak bagi tahu berapa kena cuba sendiri
JALAN
21. Bawa Kereta kecik sini senang sikit nak parking
22. Isi Minyak penuh-penuh bila sampai Brinchang Jalan one way, takut nanti tersekat dalam Jem susah pulok.
Mingguan Wanita : Best sangat ni. Ada juga yang pergi hanya untuk minum teh, kutip strawberry dan pasar malam. Banyal lagi tempat yang kita boleh jelajah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.