Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri mayonis dirumah. Pastinya ia lebih sedap, terjamin kebersihannya malah menjimatkan tak perlu beli di kedai lagi.Bukan apa, mayonis selalu menjadi sos pencicah seperti nugget, sosej, kentang goreng mahupun dinikmati bersama salad, sandwich dan sebagainya.Bila dapat buat sendiri lebih puas hati dan pastinya berbaloi, lebih-lebih lagi bila anak-anak pun pun suka.
Resepi cara membuat mayonis ini dikongsikan oleh Nabihah Sukria sebagai rujukan mak-mak semua.
Ads
Berikut antara perkongsian beliau;
“Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?”
Bahan-Bahannya:
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sudu kecil mustard
2 sudu besar gula
300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)
Cara Membuat:
1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Ads
PERINGATAN;
* Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.
* Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.
* Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
* Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.
Suasana romantis bertukar meriah tatkala Penyanyi Rock Lagenda Amy Search dari Malaysia menyanyikan lagu evergreen Kumpulan Search, Isabella di majlis resepsi Bella dan Engku Emran yang berlangsung di Hotel InterContinental Bandung, Jawa Barat baru-baru ini. Kehadiran Amy Search ternyata satu kejutan istimewa di majlis resepsi mereka yang dikatakan di rancang khas oleh Ibu & kakak Bella sendiri sebagai kejutan buat pasangan pengantin baru ini.So sweet!
Lebih istimewa, menurut ibu Bella, simbolik lagu Isabella menjadi pilihan dan cukup bermakna di majlis ini kerana nama Bella sendiri diinspirasikan dari lagu tersebut. Riak kegembiraan jelas terpancar diwajah Bella dengan kejutan istimewa tersebut yang turut disaksikan oleh 300 orang tetamu pada majlis tertutup ini.
“Isabella adalah, kisah cinta dua dunia…”
Busana Pengantin Jumpsuit Jadi Pilihan
Sementara itu, mungkin kerana inginkan kelainan dan keselesaan melayan para tetamu sepanjang majlis berlangsung, Bella tampil menawan dengan memilih busana pengantin jenis jumpsuit dengan rona blush dihiasi kristal dan batu swarovski.Dibaluti dengan jubah panjang warna senada, Emran pula tampak bergaya dengan suit kontra rona coklat.
Bahkan, pelakon Surga Yang Tak Dirindukan ini juga tampak sungguh berseri-seri dengan mengenakan solekan warna nude dalam persalinan rekaan daripada Pereka Indonesia,Ayu Dyah Andari.
Ramai kenalan artis dari Malaysia dan Indonesia turut hadir antaranya Amy Search, Nora Danish, Bunga Citra Lestari dan suami, Marcell, Fedi Nuril (Hero Ayat2 Cinta), Zaskia Sungkar, Melly Goeslaw dan ramai lagi.
Semoga kebahagian menjadi milik pasangan ini dan berkekalan hingga ke akhir hayat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang Cina “kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin”. Lain kaum lain adat mereka dalam menguruskan majlis perkahwinan.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara TAI ZEE KIN menerusi akaun Facebooknya membuka mata masyarakat Melayu tentang orang Cina melayan isu perkahwinan.
Sememangnya sesetengah tip yang dikongsi ada kebaikan dan boleh menjadi rujukan.
Orang Cina “Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”
Rupa-rupanya ibu bapa kaum Cina pantang jika anak-anak buat loan untuk majlis perkahwinan. Mereka lebih selesa jika anak-anak benar-benar bersedia dari segi kewangan sebelum mengadakan sesebuah majlis perkahwinan.
Beginilah uniknya Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya. Malah perkongsian budaya ini boleh dipraktikkan jika bersesuai dan tidak menyalahi agama.
Ini cara orang Cina layan isu majlis perkahwinan (Wedding).
Ibu Bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang/merisik – dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan anak nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah/Rumah.
Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang/merisik atau buat ‘marriage proposal’.
Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (pendaftar perkahwanan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis. Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.
Pasal majlis ini, biasa ada dua jenis.
– jenis pertama ialah dua majlis berasingan (lazim untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat belainan – contoh, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani Kedah, keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan). Ibu bapa pengantin akan saling hadir.
– jenis kedua adalah majlis yang bergabung (dua dalam satu) 聯婚, dimana hanya ada 1 majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Saudara Mara dua pihak akan hadir majlis yang sama. Majlis sebegini biasa berlaku kalau pasangan pengantin berasal dari tempat yang sama.
Bagi cina, PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. NON NEGOTIABLE. Tidak akan berlaku.
Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.
Budaya Cina berpisah tiada dengan ‘Ang Pow’. Kalau pernah hadiri perkahwinan cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran, kedua, ‘rekod Duit Angpow’.
Pasal angpow perkahwinan ini, dia ada ‘kadar rujukan’ mengikut jenis majlis (hotel, restoran, dewan orang ramai), lokasi (hotel 5 star Bukit bintang, atau restoran Jade Garden Sungai Petani) dan juga berapa intim hubungan (pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih. Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayar kurang sikit. Kawan karib bagi lebih, kawan tak sekarib bagi kurang sikit.
Saudara mara sudah tahu, untuk bagi amoun berapa dalam angpow ikut kadar tersebut. Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150-250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. ibu akan tanya dalam kumpulan whatsapp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran angpow. Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan angpow RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200.
Kalau buat di restoran makan di Tampin, mungkin kadarnya RM50-RM 80.
Bila sampai depan kaunter rekod angpow, zaman dulu-dulu dia akan terus buka angpow (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amoun ang pow
Tai Zee Kin (Sepupu belah pengantin wanita) – RM250
Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300
Joan Lai (Yi Poh) – RM 500
Jadi, bila bagi angpow, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang angpow itu untuk memudahkan rekod. WAJIB. Tak caya? Hadirlah majlis perkahwinan cina, perhatikan angpow mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.
Buku catatan angpow ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik. Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibubapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri. Dia akan balas amoun tersebut dan top up sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan top up lagi angpow tu.
Maka, dalam banyak majlis Perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpow : cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti Bulan Madu, atau beli rumah.
Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Ang Pow Majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan. Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan cina tanpa memberi angpow dengan amoun yang setimpal.
Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpow. Mereka adalah golongan minoriti.
Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.
Nasihat saya kepada kaum lain – JANGAN BENARKAN ANAK-ANAK MEMBUAT PINJAMAN LOAN untuk majlis perkahwinan. Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.
‘Pemergian’ Mulia Bulan Ramadan, Wanita Rebah Meninggal Ketika Baca AlQuran Di Masjid. Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila wanita ini dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang membaca kalam Allah di masjid pada bulan Ramadan.
Meninggal Ketika Baca Al Quran
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita meninggal dunia di masjid ketika membaca al-Quran, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ndorobei.official. Kejadian itu berlaku di Masjid Majlis Taklim (MT) Nurunnisa Babussalam di Bandung, Jawa Barat pada 9 April lalu.
Mengetuai Sesi Bacaan Al Quran
Wanita berbaju putih itu pada awalnya mengetuai sesi bacaan al-Quran bersama-sama beberapa jemaah lain.
Dia secara tiba-tiba berhenti membaca dan menundukkan kepalanya dalam keadaan lemah. Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang dan tidak sedarkan diri.
Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kematian yang sangat indah, syurga buat puan, Husnul khatimah,” komen seorang netizen.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat seluruh keluarga arwah.Sesungguhnya kematian yang dicemburui, bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...