Cara Mudah Buat Dimsum Homemade, Bila-bila Teringin Boleh Makan

Share

Sebenarnya mudah buat dimsum homemade ini. Bahan-bahannya pun tak banyak. Nak lagi mudah beli siap kulit dimsum itu. Ada jual di pasaraya atau online.

Aieda Sheema berkongsi resepi mudah buat dimsum sendiri. Kongsinya, “malam-malam ni (ketika status dimuat naik) dia teringin macam-macam. Pantang ada yang melintas, boleh jadi menu.”

Maka, terhasillah resepi dimsum mudah dengan intinya sekali.

Sangat mudah. Jom tengok bahan-bahannya.”

Bahan-bahan :

Isi ayam 2 ketul.
Udang 6 ekor
Daun bawang
Bawang putih seulas
Lada putih
Garam
Gula
Magie cukup rasa
Tepung beras/jagung.

Cara Mudah Masak Dimsum Homemade

Masukkan semua bahan dalam mangkuk jangan lupa masukkan tepung beras/jagung. Sebab tepung jagung habis Aida masukkan tepung beras pon okeh ja tak dak masalah.

Pernah buat sendiri kulit dimsum ni. Leceh plus langsung tak jadi. Malas lah beli ja sonang. Di pasaraya Hero Mart pun ada jual.

Letak inti macam ni dalam 1 sudu kecil. Nak letak 1 penumbuk pon buleh ikut suka.

Dapat dalam 25 biji macam tu. Cara-cara balut sila tengok utube. Mudah ja tau.

Ok rebus. Jangan lupa masukkan sedikit garam dalam air rebusan. Sebab nanti kalau nak makan berkuah pon okey. Shedap.

Rebus sampai menggelegak macam ni.

Dah masak. Angkat masuk dalam mangkuk.

Tadaa. Dah shiapp..

Resepi cabai kicap :

  • Cabai Melaka blender/tumbuk
  • Madu sikit
  • Kicap mudim.
  • Satukan semua sekali.

Haa.. makan panas-panas fuh nikmat!

Hasil bedah siasat.. Selamat mencuba resepi dimsum buat sendiri di rumah.

Baca sini : Sup dumpling homemade halal, modal bawah RM10 boleh makan 40pcs

Sumber/Foto : Aieda Sheema

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer