Isi Kandungan
ToggleSebenarnya mudah buat dimsum homemade ini. Bahan-bahannya pun tak banyak. Nak lagi mudah beli siap kulit dimsum itu. Ada jual di pasaraya atau online.
Aieda Sheema berkongsi resepi mudah buat dimsum sendiri. Kongsinya, “malam-malam ni (ketika status dimuat naik) dia teringin macam-macam. Pantang ada yang melintas, boleh jadi menu.”
Maka, terhasillah resepi dimsum mudah dengan intinya sekali.
“Sangat mudah. Jom tengok bahan-bahannya.”
Bahan-bahan :
Isi ayam 2 ketul.
Udang 6 ekor
Daun bawang
Bawang putih seulas
Lada putih
Garam
Gula
Magie cukup rasa
Tepung beras/jagung.
Cara Mudah Masak Dimsum Homemade
Masukkan semua bahan dalam mangkuk jangan lupa masukkan tepung beras/jagung. Sebab tepung jagung habis Aida masukkan tepung beras pon okeh ja tak dak masalah.
Pernah buat sendiri kulit dimsum ni. Leceh plus langsung tak jadi. Malas lah beli ja sonang. Di pasaraya Hero Mart pun ada jual.
Letak inti macam ni dalam 1 sudu kecil. Nak letak 1 penumbuk pon buleh ikut suka.
Dapat dalam 25 biji macam tu. Cara-cara balut sila tengok utube. Mudah ja tau.
Ok rebus. Jangan lupa masukkan sedikit garam dalam air rebusan. Sebab nanti kalau nak makan berkuah pon okey. Shedap.
Rebus sampai menggelegak macam ni.
Dah masak. Angkat masuk dalam mangkuk.
Tadaa. Dah shiapp..
Resepi cabai kicap :
- Cabai Melaka blender/tumbuk
- Madu sikit
- Kicap mudim.
- Satukan semua sekali.
Haa.. makan panas-panas fuh nikmat!
Hasil bedah siasat.. Selamat mencuba resepi dimsum buat sendiri di rumah.
Baca sini : Sup dumpling homemade halal, modal bawah RM10 boleh makan 40pcs
Sumber/Foto : Aieda Sheema
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Istimewa Untuk Anda Yang Ada Buah Mangga Ranum Di Dapur
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
280gm tepung serba guna
12gm kelapa kering
½ sudu teh garam
3 sudu makan gula
225gm mentega
3 biji telur kuning
BAHAN KRIM MANGGA:
250gm fresh cream/krim putar
50gm mango curd / seri kaya mangga
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
3.Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
4.Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
5.Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
6. Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
7. Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
154gm tepung kek
11/4gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
143gm gula kastor
11/2 sudu teh esen vanila
85gm minyak jagung
85gm susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
400gm isi mangga
100gm gula kastor
3 sudu makan jus lemon
1/8 sudu teh garam
4 biji kuning telur
30gm mentega
CARA MEMASAK:
1.Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
2.Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
3.Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
4.Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
5.Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
6. Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
7. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
8. Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
9. Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
10. Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
11. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
12. Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
13. Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan. Boleh hias dengan krim putar dan hirisan mangga di atasnya untuk lebih menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Puding Buih Berkuah Susu Tinggi Protein, Begini Cara Selamat Membuatnya
Isi Kandungan
ToggleMenurut Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia, menu puding buih berkuah susu ini boleh dijadikan pencuci mulut yang berkhasiat dan tinggi protein. Ini kerana, bahan utama puding buih adalah telur.
“Sebiji telur mengandungi 7 gram protein bagi setiap sebiji telur.”
Perlu diketahui, “telur yang tidak dimasak atau tidak dimasak dengan sempurna mengandungi Salmonella dan ini tidak digalakkan dan tidak boleh terutama bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.”
“Bagi mengelak keracunan, langkah seperti membasuh telur dengan sempurna dan masak hidangan hingga sempurna boleh diambil.”
Cara Sihat Makan Puding Buih Kuah Custard
√ Bagi pesakit kencing manis, anda boleh memanipulasi menu dengan tidak menambah gula di dalam puding buih dan gantikan Kuah Custard dengan ‘Susu Formula khas’*.
√ Bagi anda yang ingin turunkan berat badan, kalori puding boleh dikurangkan dengan mengurangkan jumlah gula di dalam Puding Buih dan gantikan Kuah Custard dengan Susu Rendah Lemak/Susu Skim.
√ Sekiranya anda seorang atlet dan baru sahaja siap ‘workout’ sebelum waktu berbuka puasa (artikel ditulis dalam bulam Ramadan), anda boleh cuba ambil Puding Buih ini dengan ‘Susu High Protein’ yang ada di pasaran untuk tujuan ‘muscle recovery’.
Selamat Mencuba!
RESEPI PUDING BUIH BERKUAH CUSTARD
Puding Buih
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air (Kisar dengan daun pandan untuk dapatkan warna hijau)
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
Sedikit pewarna ~ optional
¼ cawan gula ~ optional
Caranya:
1) Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih dan sejukkan.
2) Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
3) Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi
4) Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan. Penting bagi bancuhan agar-agar sejuk dahulu supaya apabila dicampur dengan meringue nanti, adunan tidak terasing dan sebati dengan baik.
5) Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar dan tuang agar dalam bekas
6) Sejukkan puding, kukus seketika untuk memastikan adunan dimasak sempurna bersama meringue dan kemudian sejukkan semula di dalam chiller.
Resepi Kuah Custard
2 cawan susu rendah lemak/susu skim/susu sejat
2 cawan air
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla
Caranya:
1) Larutkan tepung custard di dalam air terlebih dahulu.
2) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
– Sejukkan Puding Buih dan Kuah Custard di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan!
*formula khas untuk kondisi hiperglisemia (gula tinggi dalam darah)
p/s: Please share and dont forget to tag FB Page Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia
MW : Bila mana ada kes keracunan makanan di Terengganu yang jumlahnya sudah mencecah 100 orang, yang dikatakan berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara online. Lebih baiklah sekiranya, mak-mak yang teringin nak mencuba tu buat sendiri puding buih ini dengan cara selamat yang Dietitian KKM kongsikan ini.
Sumber/Foto : Dietitiian Kementerian Kesihatan Malaysia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak DEKORASI Kek, Kena Tahu Jenis Resipi ‘Topping’, Aising & Cara Buatnya!
Kalau beli kek, masalah yang sering mak-mak alami adalah dekorasi kek yang menggunakan pelbagai jenis aising. Ada sesetengahnya rasa ‘tidak kena’ dengan tekak kita. Terus terbantut, sedangkan kek dalamnya dah hebat.
Begitu juga untuk mak-mak yang baru nak belajar, bolehlah cuba buat pelbagai jenis aising di rumah. Sebabnya tak semua jenis aising ini sesuai dengan dekorasi kek yang kita buat.
Perkongsian ini untuk mak-mak yang baru nak belajar resipi nak buat pelbagai jenis aising untuk dekorasi kek.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Biskut M&M ‘Terpaling’ Senang, Setengah Jam Siap, Boleh Buat Biskut Raya Lagi!
Hanya 3 Bahan, 24K Share Resipi Mudah, Sedap Guna Biskut Marie Ini!
Info Lebih Menarik DI SINI
Dekorasi Kek, Resipi Aising
Dikongsikan resipi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resipi ini..
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder
70 ml air
Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.
Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras.
Jangan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.
Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut.
Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan.
Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
ROYAL ICING
Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam ia akan jadi keras.Oleh itu ia tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja
BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.
Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
Cara-caranya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.
Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan.
Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki
Cara mewarnakan:
Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.
BUTTER CREAM
(1) Bahan-bahannya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
2. Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
3. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
BUTTER CREAM
Bahan-bahannya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup
Cara membuat syrup:
1 kg gula pasir
600ml air
2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)
Campurkan gula, cair dan lemon dan masakkan hingga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
Cara membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.
CREAM CHEESE ICING
Bahan-bahannya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.
CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.
Bahan-bahannya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil
Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku.
Mingguan Wanita : Selamat mencuba. Nanti bolehlah sesuaikan dengan kek yang mak-mak buat. Barulah cantik dan sedap.
Sumber: Resipi Panas
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI