Cara Mudah Buat Bayaran Balik PTPTN Guna Akaun 2 KWSP, Boleh Bayar Sekaligus!

Share

Cara Mudah Buat Bayaran Balik PTPTN Guna Akaun 2 KWSP, Boleh Bayar Sekaligus! Apabila berhutang wajiblah dibayar semula. Bagi yang pernah membuat pinjaman pelajaran PTPTN ada cara mudah untuk langsaikan baki hutang dan buat bayaran balik PTPTN dengan menggunakan akaun 2 KWSP.

Memang lebih mudah, tiada had pengeluaran malah boleh bayar sekaligus. Bukan apa, bila dah selesai hutang hutang ni memang lega sangat. Tak perlu terikat dengan komitmen bayaran bulanan.

Ikut panduan cara buat bayaran balik PTPTN guna akaun KWSP yang dikongsikan oleh Amera ini.

CARA BUAT BAYARAN BALIK PTPTN GUNA KWSP

1) Log in i-Akaun KWSP

2) Click ‘PENGELUARAN’

3) Pegi dekat e-Pengeluaran & click ‘Permohonan Baru’

4) Pilih jenis pengeluaran ‘Pendidikan’ & isi maklumat pengajian korang

5) Click ‘Seterusnya’.

 

6)Isi details maklumat peribadi, perhubungan, pengeluaran & butiran bayaran balik

7)Click ‘Seterusnya’

8)Check maklumat permohonan tu & click ‘Permohonan TAC’

9)Masukkan no TAC yang dapat through SMS &click ‘Hantar’

10) If maklumat semua dah lengkap, click ‘Setuju’.

11) Then nanti akan dapat status permohonan through SMS or inbox dalam i-Akaun KWSP

12) Lepas dah dapat, pegi pejabat cawangan KWSP yang terdekat untuk thumbprint & bawak sekali document yang diperlukan.

13) Lepas PTPTN dah proses maklumat tu, transaction akan ambik masa dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja

Settle!

Kelebihan bayar balik pinjaman PTPTN guna KWSP:

– Boleh guna simpanan Akaun II KWSP
– Takda had pengeluaran, boleh bayar sekaligus
– Even sebelum ni dah bayar guna direct debit/potongan gaji, still boleh bayar guna KWSP.


 Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Aplikasi myPTPTN, Dunia Pendigitalan Baharu PTPTN, Semuanya Dalam Satu Platform!
Baca Lagi Di Sini:Kak Ngah Patin Kongsi Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Guna Insentif Diskaun
Artikel Menarik:”Bukan Tak Nak Bayar PTPTN, Tapi Yang Dah Ada Komitmen Je Faham.”

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi yang nak cepat selesaikan baki hutang bayaran PTPTN tu. Lega bila dah ‘settle’ hutang tanpa ada komitmen bulanan ni.

Sumber: Twitter itsmemeera_

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab