Cara Mudah Buat Aiskrim Malaysia Paddle Pop Sedap, Guna Serbuk Dadih

Share

Mudah je rupanya nak buat Aiskrim Malaysia perisa paddle pop yang sedap dan cantik berwarna warni. Hanya menggunakan serbuk dadih perisa vanila sebagai asas. Cuti hujung minggu, bila berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga boleh lah buat aiskrim ni, lebih seronok dan menjimatkan.

Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Aien Yuss, yang merupakan penjual Aiskrim Malaysia sendiri.

“Assalammualaikum.saya penjual aiskrim malaysia baru 3 tahun.Tiada masakan yang saya nak tunjuk.cuma saya hanya sekadar nak berkongsi resepi dan cara-cara nak buat untuk peniaga aiskrim seperti saya.”

Idea ni Allah bagi setahun yang dulu..Alhamdulillah ilmu ni saya kongsikan pada kawan-kawan seperjuangan yang lain.Semoga rezeki kita sama-sama bertambah.

Bahan-Bahan:

Plastik Aiskrim size 12
Serbuk Dadih Perisa Vanila
3 sudu besar Gula pasir
pewarna pilihan
Corong

Cara Membuat:

Step1:Saya tiru bulat-bulat resepi dibelakang bungkusan dadih cuma tambah 3sudu makan gula sahaja.

Step2:Dadih dah siap masak,asingkan dalam mangkuk untuk bubuh pewarna dan untuk proses separa beku(+/- 1/2jam).

Step3:Bila dah separa beku boleh cedok isi dalam corong untuk mudahkan masuk dalam plastik aiskrim.(ikut kreatif anda).

Step seterusnye boleh fahamkan pada gambar.

Tip:Pilihan warna tak perlu gelap-gelap untuk elak aiskrim nampak lebam bila dah beku.

Selamat Mencuba!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Aien Yuss

Published by
Suhaidah Abd Wahab