Cara Mudah Buang Lemak Daging Dalam Sup, Guna ‘Senduk Sejuk’

Share

Makanan berlemak ni memang tak elok untuk kesihatan terutamanya lemak daging yang jelas dan begitu ketara dalam hidangan sup. Masa tengah panas agak susah nak tengok tapi bila sup sejuk barulah perasan lemaknya.

Biasanya lemak daging yang paling banyak. Nak-nak kalau masak sup atau pun bergoreng. Nampak sedap tapi kolesterolnya, faham-faham sajalah.

Ada cara nak buang lemak daging dalam sup. Mungkin ada antara kita yang masih tak tahu yang dulu hanya buang bila sup dah sejuk dan barulah nampak ketulan. Kali ini, boleh cuba cara Hani Mynis yang gunakan senduk sejuk.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ramai Yang Dah Cuba Petua Buang Lemak Degil Ini, Resepi Berkesan Dari Seorang Wanita Cina

Daging Masak Hitam Berempah SEDAP, Perap Dulu Dengan Kicap Manis Baru Tumis!

Info Lebih Menarik DI SINI

Buang Lemak Daging Guna Senduk Sejuk

Cara buang lemak daging dalam sup

Kali ini kita kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup tu. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ni.

1. Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel

2. Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit dah memadai)

3. Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukannya panas-panas) secara membulat.

4. Buang hasil minyak yang membeku. Siap.

Semoga bermanfaat.

Mingguan Wanita : Baru tahu. Tapi ingat, jangan gelek senduk sejuk semasa sup masih panas. Tunggu sejuk sikit. Barulah nampak hasilnya.

Sumber: Hani Mynis

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora