Kuali atau periuk, kalau lama-lama guna memang akan muncul kerak kuali. Bahagian belakangnya tak payah cakap, hitam dan sakit mata pula bila nampak tergantung kat dapur.
Mungkin ada pelbagai cara untuk buang kerak kuali dan kembali putih. Antara pernah diguna pakai seperti menggunakan baking soda, sabun mandi dan sebagainya.

Kali ini sangat menarik, buang kerak kuali dengan menggunakan asam keping. Perkongsian daripada Puan Kalaivani Vj tentang petua untuk hilangkan kerak kuali atau peralatan dapur lain.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Sental Periuk ‘Berkerak’, Guna 3 Bahan Ini, Macam Magik! Terus Berkilat Kembali

Cara Paling Cepat & Mudah Hilangkan KERAK Pada KUALI KAMPUNG, Dijamin Berkilat!

Kerak Kuali, Guna Asam Keping, Berkilat

Penggunaan asam keping ini sesuai untuk perkakas dapur jenis keluli, perak, besi, tembaga dan sebagainya.

Caranya:

1. DIDIHKAN ASAM KEPING
Sediakan periuk besar dan boleh memuatkan perkakas untuk dicelupkan ke dalamnya nanti. Kemudian, masukkan asam keping sekitar 6-7 keping dan panaskan hingga mendidih.
Jika tiada asam keping, boleh gunakan asam jawa tapi, kesannya tidak sehebat asam keping.

Ads

Cara Mudah Buang Kerak Kuali, Rendam Dalam Air Asam Keping, Berkilat Macam Baru Beli!

2. AMBIL PERKAKAS YANG INGIN DIKILATKAN
Antara perkakas yang nak dikilatkan seperti periuk, kuali. yang ingin dikilatkan. Ambil perkakas tersebut dan celupkannya ke dalam periuk besar tadi.

Cara Mudah Buang Kerak Kuali, Rendam Dalam Air Asam Keping, Berkilat Macam Baru Beli!

3. RENDAMKAN
Rendam periuk atau bahan yang ingin dikilatkan tadi selama lebih kurang 2 minit. Kalau rajin, terbalikkan supaya semua permukaan dapat terendam dengan sempurna.

4. SENTAL
Setelah dikeluarkan dari air asam keping yang mendidih tadi, sentalkan menggunakan sabun. Boleh dengan Sabun Cap Buruh atau Axion.

Ads

5. BILAS SEPERTI BIASA
Akhir sekali, bilaskan dan keringkan seperti biasa. Hasilnya berkilat.

Cara Mudah Buang Kerak Kuali, Rendam Dalam Air Asam Keping, Berkilat Macam Baru Beli!

Mingguan Wanita : Kalau mak-mak yang belum cuba, bolehlah guna cara ini. Gerenti berkesan dan paling penting macam eli baru pula.

Sumber: Puan Kalaivani Vj

Ads

Cara Mudah Buang Kerak Kuali, Rendam Dalam Air Asam Keping, Berkilat Macam Baru Beli!

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.

Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI