Jangan ingat telur tak ada tamat tempoh. Dah tentu setiap produk ada ‘expired’, terutamanya produk makanan yang hanya dalam tempoh tertentu saja. Kita tak tahu kesannya nanti.
Begitu juga dengan telur. Bukan sewenang-wenangya boleh dimakan. Ada bakteria yang bahaya kalau dimakan. Boleh jadi juga telur tembelang sebab sudah lama dan tidak segar.
Mungkin ada mak-mak yang dah tahu telur yang baik atau telur yang dah tamat tempoh. Bukan setakat warna pada telur tapi bau yang tidak seperti telur segar.
Jangan gunakan kalau dah tamat tempoh, tak perlu sayang walaupun susah nak dapat telur kat pasaran sekarang. Kalau sakit lagi teruk kan!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Goreng Telur Mata Kerbau Elok, Jangan Pecahkan Telur Kuning, Baru Puas Hati, Menjadi!
TELUR REBUS Cantik Berkilat Kulit Tak Melekat, Guna Api Perlahan!
Antara perkongsian daripada Dr Redza Zainol tentang bahayanya kalau ambil telur yang dah tamat tempoh. Inilah yang terjadi pada salah seoran pesakit seperti yang diceritakan.
.
Puas ditanya berkali-kali, barulah ibu ni teringat yang dia ada gunakan telur yang hampir tamat tempoh dalam masakannya.
Anaknya makan pada waktu pagi dan mula muntah serta cirit birit pada sebelah petang.
Esoknya, dia mula demam tinggi dan jadi lemah tak bermaya. Dah 15 kali muntah dan cirit birit sampai kosong isi muntahnya.
Keputusan sampel najis yang dihantar ke makmal memang sah ada bakteria Salmonella non typhi.
Bakteria Salmonella ni selalunya berpunca dari makanan seperti telur dan daging yang tak dimasak dengan betul atau dari susu yang dah tamat tempoh.
Jangkitan oleh bakteria Salmonella ni dikira bahaya jika tak dirawat dengan segera.
1. Goncangkan telur.
Kalau dengar bunyi kocakan, maksudnya telur itu dah lama. Telur yang segar tak akan mengeluarkan bunyi bila digoncangkan.
2. Rendam telur ke dalam air sejuk dan perhatikan telur tu.
Jika telur turun sepenuhnya sampai ke dasar gelas bermakna telur masih segar. Jika terapung di tengah-tengah gelas, telur masih boleh dimakan. Kalau telur terapung di permukaan air maksudnye telur itu tak lagi segar dan lebih baik tak dimakan.
3. Bau
Kalau dari luar telur kita dah boleh bau busuk, ertinya telur tu mesti terus dibuang. Telur segar tak mengeluarkan apa-apa bau.
4. Kulit telur
Periksa di sekeliling kulit telur untuk pastikan tak ada tanda retak. Jika ada kesan retak, kemungkinan besar telur tu dah busuk kerana bahagian dalam sudah tak dilindungi oleh kulit telur.
Jika was-was, buang terus telur tu. Tak berbaloi untuk diambil risiko pada anak kecil kita.
Mingguan Wanita : Lepas ni, cuba rendam dalam air dulu, senang, mana yang tak elok buang terus, tak perlu nak sayang-sayang walaupun harga telur dha mahal sekarang kan!
Sumber: Dr Redza Zainol
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita