Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!

Share

Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah ruang membakar yang terhad, kena bakar luar rumah serta agak leceh untuk menghidupkan bara arang.

Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh membakar menggunakan arang dalam rumah. Hanya perlu letak dalam periuk dan masak atas api dapur gas.

Boleh rujuk perkongsian oleh Puan Nurhayati Zai ini sebagai panduan;

“Menu arini ikan bakar. Ini cara saya bakar atas dapur.Bakar arang atas api dapur, letak didalam periuk yang tidak digunakan. Hidupkan api kecil dan bakar ikan”.

Bahan Diperlukan:

Arang secukupnya
Periuk lama (tidak digunakan)
Dapur Gas
Jaring

Cara Membuat:

1.Bakar arang atas dapur gas.Kalau arang besar pecahkan kecil sikit biar senang menyala.

2.Letak arang tersebut dalam periuk.Seeloknya periuk yang dah tak digunakan lagi.

3.Hidupkan api, biarkan panas sekejap dan arang lebih menyala sikit.Letak lah ikan atas jaring dan bakarlah seperti biasa.

4.Pastikan api kecil semasa membakar.

Siap.Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

MW: Mudah je rupanya mak-mak boleh bakar ikan dengan arang di rumah, guna dapur gas je. Tak perlu risau tak de laman atau ruang nak membakar. Caranya senang, rasanya pun pasti lebih sedap bila bakar dengan arang.

Kredit: Nurhayati Zai

Published by
Suhaidah Abd Wahab