Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah ruang membakar yang terhad, kena bakar luar rumah serta agak leceh untuk menghidupkan bara arang.
Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh membakar menggunakan arang dalam rumah. Hanya perlu letak dalam periuk dan masak atas api dapur gas.
Boleh rujuk perkongsian oleh Puan Nurhayati Zaiini sebagai panduan;
“Menu arini ikan bakar. Ini cara saya bakar atas dapur.Bakar arang atas api dapur, letak didalam periuk yang tidak digunakan. Hidupkan api kecil dan bakar ikan”.
Bahan Diperlukan:
Arang secukupnya
Periuk lama (tidak digunakan)
Dapur Gas
Jaring
Ads
Cara Membuat:
1.Bakar arang atas dapur gas.Kalau arang besar pecahkan kecil sikit biar senang menyala.
2.Letak arang tersebut dalam periuk.Seeloknya periuk yang dah tak digunakan lagi.
Ads
3.Hidupkan api, biarkan panas sekejap dan arang lebih menyala sikit.Letak lah ikan atas jaring dan bakarlah seperti biasa.
Ads
4.Pastikan api kecil semasa membakar.
Siap.Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
MW: Mudah je rupanya mak-mak boleh bakar ikan dengan arang di rumah, guna dapur gas je. Tak perlu risau tak de laman atau ruang nak membakar. Caranya senang, rasanya pun pasti lebih sedap bila bakar dengan arang.
Mudah rupanya nak buat seluar kecil, boxer atau panties untuk anak-anak. Bila buat sendiri boleh pilih jenis kain yang selesa dan pelbagai jenis corak yang lebih menarik berbanding beli di pasaran. Malah lebih jimat dan berbaloi.
Bagi mak-mak yang ada mesin jahit di rumah, boleh cuba buat sendiri seluar kecik ni untuk anak. Ikut pola dan tutorial mudah yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Asfaniza Nieza ini sebagai rujukan.
“Suka dak tengok comel-comel ni. Dapat buat sendiri seluar kecik anak. Senang juga rupanya.Seronok pulak buat.Meh la buat sendiri siapa nak buat sis kongsi pola yang ni saiz 7-8 tahun lah.”
Ok pada yang bertanya macamana nak sambung boxer (girls), boleh tengok di dalam ni ada cara macam mana sis jahit. Mudah sangat. Bole try buat untuk anak sendiri.
Bahan Di Perlukan:
Guna kain knit cotton , cotton lycra , knit jersey, dan seangkatan dengan kain tshirt.
Getah panties atau getah foe
Pola:
Cara Membuat:
1.Potong 2 keping ikut pola dan 2 keping yang kepingan kecil.
Setiap tanaman ada teknik dan caranya yang tersendiri, barulah menjadi dan hidup subur. Jika nak semai pokok ketumbar, siram dan baja boleh gunakan teknik self watering. Memudahkan kerja, terutamanya bila kita tiada dekat rumah. Tak perlu nak siram-siram dan risau tanaman terabai. Malah tanah lembab dan pokok pun kekal segar.
“Mencabar juga tanam pokok ketumbar ni.2 kali tanam sebelum ni tak jadi, ni paling berjaya. Sebelum ni tanam bila dah cambah sekejap jer mati terkulai kulai.”
Kaedah Dan Cara:
1. Sebelum rendam air, gelek biji ketumbar dengan pencanai karipap yang kayu tu supaya biji ia terbelah dua. Agar lebih cepat bercambah. Pakai ketumbar yang timbang je. (Letak dalam kain masa gelek selembut salju supaya biji ketumbar tak jadi peluru lastik).
2.Rendam semalaman biji ketumbar yang telah terbelah dua tersebut.
3. Tanah saya pakai 30% tanah 6in1 ninso (tanah hitam), 40% cocopeat, 30% tanah biasa korek belakang rumah. Tu je.
Tip Bonus paling penting!
1. Masa semai tu biji benih kena banyak biar rapat-rapat.
Sebab pokok ni batang dia halus sangat kalau cambah rapat-rapat dia akan sokong satu sama lain.
2. Lepas sebarkan benih atas medium tu kambus biar dalam. Sedalam 5cm -7cm supaya tanah yang dalam tu dapat sokong batangnya yang halus agar tak cepat patah dan mati.
3. Cari tempat terang tapi jangan letak dekat tempat terbuka. Kena hujan nanti patah.
Siram Guna Teknik Self Watering
Saya baja dan siram pokok ketumbar ni guna teknik selfwatering. Tapi tak pakai mikro tiub bagai, pakai 3 bahan jer untuk sistem ni.
Bahan-Bahan Diperlukan;
Botol kosong (saya guna botol minyak yang 5 liter tu)
Tali yang boley serap air macam dalam gambar tu. Beli dekat Kedai Eco 3 gulung RM 2
Baja AB
Cara Membuat:
1.Buat lubang dan saya buat muat-muat tali supaya semut atau nyamuk tak masuk bertelur.
2.Masukkan tali dalam botol dan keluarkan sebahagian tali, letakkan atas tanah pada pasu.
3.Baja AB tu saya bancuh 5ml setiap baja A dan baja B dan dilarutkan dengan 5 liter air atas saranan penjual.Lepas tu balut dengan plastik legap tak tembus cahaya.
Tali tu memang akan sentiasa lembab basah, tanah pun sentiasa lembab je. So pokok kita kekal segar tak yah siram-siram dah.
Kenapa saya pakai teknik ni
1. Sebab dah mula kerja takut pokok tak tersiram dan terbaja nant takut pokok mati.
2. Daun ketumbar ni tak boleh siram secara terus, nanti batangnya patah sebab halus sangat.
3. Senang kalau nak balik kampung ke atau nak pergi travel.Bila tiada dekat rumah.
Cubala yang suka berkebun tapi takut tanaman terabai tu.Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Tak perlu risau pokok tak bersiram bila balik kampung atau tinggalkan rumah, guna teknik selfwatering je.Lebih mudah!
Rupanya ada tips mudah untuk cepatkan kerja-kerja merebus di dapur. Malah hasilnya cepat empuk, jimat gas dan tak perlu guna pressure cooker (periuk tekanan tinggi) lagi. Sesuai sangat untuk merebus kacang hijau, kacang kuda, daging, kentang, keledek dan sebagainya yang kebiasaannya memakan masa lama untuk merebus.
Mak-mak boleh cuba tips 5:30:7 yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa ini.
“Jalan-jalan skodeng umah orang jumpa pulak satu info ni.Cara nak jimat gas guna tips 5:30:7 dari sis fah umi yasmin. Rebus 5 minit, tutup 30 minit, rebus semula 7 minit”.
“Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…Alhamdulillah suma menjadi”.
* Tips 5:30:7
1.Masak air sampai mendidih.
2.Masuk kacang/daging/keledek/kentang
3.Biarkan mendidih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
4.Tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk.Biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
5.Lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih).
6.Tutup api.
Info Ekstra!
* Tips ni berguna untuk yang x de pressure cooker.
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air.Saya tutup periuk sepanjang merebus.
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba).
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
MW:Menarik perkongsian tips ini. Memang kena cuba, untuk memudahkan kerja-kerja memasak mak-mak di dapur nanti.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.