Rupanya ada cara mudah untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat mahupun berbau busuk seperti sampah.Senang je, mak-mak pun boleh buat sendiri tak perlu harapkan encik suami. Iaitu hanya menggunakan dua bahan utama, iaitu cuka dan soda bikarbonat.
Bukan apa, sinki memang selalu digunakan di dapur, segala kotoran, lemak-lemak, minyak mudah melekat pada sinki menyebabkan ia mudah tersumbat. Malah sebagai langkah penjagaan singki agar alirannya tetap lancar turut boleh gunakan cara ini.
Berikut cara yang dikongsikan oleh Syafini Hassan sebagai rujukan;
“Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki dekat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.Cari- cari tak Jumpa pulak puncanya. Sampah dah clear.
“Kekadang lemak dan air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi. Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time dekat rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan.(Tapi masih dipantau hihi)”
Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh klik dekat gambar untuk step by step.
Bahan-bahan Diperlukan:
Kena ada 2 benda ni.
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tuu.. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli kat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol camni dalam rm16. Ok la tu… Daripada panggil plumber sampai beratus.
Ni rupa soda tu.. Berkeping-keping. Kalau boleh jangan pegang direct. Chemical.
Cara Membuat:
1.Mula-mula, jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas je.
2.Kemudian, keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.
3.Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.
4.Selepas itu, tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.
5.Kemudian, tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
6.Haa.. Kan dah kabo… Ada wap air tu. Pastu tuang air sampai habis. Siap!
Bersih dah sinki kita. Kalu ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak payah tunggu sinki sumbat baru nak cuci yee..
Tu dia senang je kan
#LadiesPunBoleh
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Sumber: Syafini Hassan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI