Cara Masak Soto Ayam Kuah Pekat, Siap Ada Bergedil, Sambal Kicap

Share

Sedapnya dapat makan soto ayam kuah sup pekat yang siap ada bergedil ayam dan sambal kicap. Fuh! Mesti tak cukup makan sepinggan.

Resipi dan cara lengkap masak soto ayam beserta bergedil ayam dan sambal kicap ini tidak rugi untuk dipelajari.

Senang untuk buatnya kerana setiap langkah demi langkah disertakan dengan gambar-gambar cara memasaknya.

Boleh Cuba Buat Resipi Soto Ayam Dan Bergedil Ayam Siap Dengan Sambal Kicap Perkongsian Sharla Rose.

“Anak-anak request, ummi nak makan kuah sup yang letak nasi kotak kotak tu. Tanya punya tanya… owhhh soto ayam rupanya… Nak sebut soto tu lupa agaknya namanya. Sambil-sambil tu saya share sekali resipi soto kuah pekat ni ya.”

Resipi Dan Cara Buat Soto Ayam Bersama Bergedil Ayam

Bahan-Bahan Sup Soto Ayam
Bahan-bahan sup soto ayam

Bawang merah 1 biji + bawang holland 2 biji
Bawang putih 6 biji
Serai 2 batang
Akar daun sup (dibersihkan)
Halia 1 inci
Serbuk kurma 1 paket
Rempah sup 1 paket
Kiub pati ayam
Sup bunjut (sup tulang)
Bahagian isi ayam untuk isi ayam carik
Bahagian tulang diasingkan untuk sup

Bahan Untuk Kisar

Bawang merah 1 biji
Bawang holland 2 biji
Halia 1 inci
Bawang putih 5 biji
Rempah kurma + rempah sup (tumis)

Cara Buat Sup Soto Ayam

Cara buat sup ayam

1-Pertama sekali, tumis sup bunjut bersama kawan-kawannya. Masukkan bahan blend/ kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian, masukkan rempah kurma + rempah sup, serai yang diketuk, dan akar daun sup. Tumis hingga pecah minyak dan sedikit garing.

Cara buat sup ayam

2-Masukkan semua ayam. Kacau hingga ayam sebati dengan bahan tumis. Masukkan air setakat kuantiti yang kita nak. Biarkan ayam direbus bersama sup hingga masak. Dah mendidih, masukkan kiub ayam. Masukkan bahan perasa garam & cukup rasa.

Cara buat sup ayam

3-Bila ayam semua dah masak, keluarkan ayam yang untuk dicarik sahaja (yang isi sahaja )yang tulang dibiarkan dalam sup. Tabur kan sedikit daun sup + daun bawang.


4-Ayam isi yang dikeluarkan dari sup, saya suka goreng sikit sebab suka isinya garing garing sikit. Siap digoreng. biarkan sejuk, boleh la dicarik-carikkan.

Artikel Berkaitan:
Cara Masak Soto Ayam Bakar Sedap, Patutlah Wanita Ini Sampai Boleh Buka Kedai Makan
Som Tam Epal Ala Thai, Cara Buatnya Gaul Semua Bahan Sekaligus!

Bahan Untuk Sambal Kicap

Bahan-bahan dan cara buat sambal kicap

Kicap
Cili padi
Bawang putih
Bawang goreng (goreng sendiri)

Cara Buat Sambal Kicap

1-Goreng sekejap cili padi dan bawang putih hingga layu. Dah siap goreng. Boleh blend/kisar semua bahan yang digoreng tadi, termasuk kicap. Boleh tambah sedikit perasa ikut citarasa.

Bahan-Bahan Bergedil Ayam

Bahan bergedil dan bahan hiasan lain

8 biji kentang (direbus dan dilenyek)
Isi ayam (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dicincang)
1 biji cili merah (dicincang)
Daun sup + daun bawang (dicincang)
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam/sedap rasa

Bahan Hiasan Lain.

Kacang digoreng hingga garing
Suhun digoreng (tak perlu basuh suhun)
Taugeh dicelur seketika

Cara Buat Bergedil Ayam
Cara buat bergedil ayam

1-Kentang untuk dilenyek halus. Gaul semua bahan. Tambah perasa secukup rasa. Dan
buat bulat-bulat.

Cara buat bergedil ayam

2- Pecahkan telur 2 biji untuk salut bergedil yang nak digoreng. Biarkan kuali betul-betul panas, minyak sedikit sahaja, agak-agak separuh dari bergedil sahaja. Goreng dalam api sederhana.

Bahan-Bahan Hiasan Soto Ayam

Nasi impit
Taugeh
Daun sup + daun bawang
Isi ayam yang dicarik
Suhun goreng
Kacang goreng
Bergedil ayam
Sambal kicap

Soto Ayam lengkap dengan bahan-bahan hiasan

MW: Bolehlah cuba buat hidangan makan tengah hari atau malam untuk keluarga. Siap semua cukup.

Sumber/Foto: Sharla Rose

Published by
julie roshana Shafee