Soto ayam bakar ini kalau kena dengan cabai kicap memang lain macam rasanya. Sedap tak ingat! Kena pandai sebatikan rasa sedap kuah sup, ayam dan sambalnya.
Haa… macam mana cara nak masak, boleh guna resepi Puan Zarazelah Othman
ini…Saya buka kedai makan, jadi memang nampak meja dan cara penyediaan macam kedai makan ya. Tapi yang ini saya masak untuk family hari ini.
Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
Masukkan air
Biarkan mendidih
Masukkan rempah sup adabi lada hitam
Masukkan kaki ayam
Rebus sampai empuk
Masukkan kentang carrot daun saderi
Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
Bakar di atas bara api
Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup dan bawang.
Cili api kicap bawang putih air limau gula ajinomoto. Blender.