Kalau dahulu nak masak pulut sangat renyeh. Perlu rendam dulu beras pulut, kukus, masukkan santan, kukus lagi untuk pastikan ia betul-betul masak. Barulah ia menjadi.
Sedapnya bila pulut digandingkan dengan rendang atau serunding. Ada sesetengah orang tak boleh makan pulut bimbang datang ‘angin kus-kus’ dan tak kurang yang sakit badan bila makannya.
Berbalik kepada cara masak pulut, dengan keadaan semakin moden dan semua orang nak cepat, segalanya pun boleh dilakukan . Dengan syarat, cara cepat ini sama dengan yang mak-mak kita masak dulu.
Tak kurang juga yang langsung tak berapa pandai nak mask pulut. Sampaikan ada terlebih air, pulut masih mentah dan sebagainya.
Waima, apa sekalipun, inilah cara yang paling cepat dan sesuai untuk orang malas, kata Mulia Nis dalam perkongsiannya tentang cara beliau masak pulut kuning.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Mudah Masak Beras Pulut Dalam Rice Cooker, Tak Perlu Rendam, Tak Berkerak
Rahsia Tanak Pulut WANGI, LEMBUT Dan Tak Berkerak, Gunalah Air Kelapa Muda
Info Lebih Menarik DI SINI
Inilah masak cara orang malas dan paling cepat.
Tak perlu rendam pun pulut itu dan santan yang digunakan juga adalah santan beku.
Cara Memasak:
1. Cuci beras pulut.
2. Kemudian, masukkan air atas paras pulut.
3. Masukkan santan beku dan tambahkan sedikit garam serta kunyit.
4. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak.
5. Kacau pulut itu biar sekata dengan santan.
6. Bila sudah masak, boleh dihidang dengan rendang.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudah sangat nak masaknya, cara orang malas ni. Kena cuba buat kat rumah. Makan dengan rendang, sedapnya!
Sumber: Mulia Nis
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita