Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas!

Share

Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas! Bagi mak-mak penggemar sambal ikan, jika selalu kita masak sambal merah biasa, boleh cuba kelainan buat Ikan Sambal Thailand ini. Guna apa-apa ikan pun boleh, yang penting goreng terlebh dahulu. Memang sedap, makan pula dengan nasi panas-panas.

Boleh cuba resipi Sambal Ikan Thailand yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini sebagai panduan;

Ikan Sambal Thailand

Bahan-Bahan:

Ikan (digoreng)
10 biji cili padi
3 biji cili besar hijau
1 biji tomato
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 batang serai (hiris serong)
Daun limau purut
2 sudu makan Sos cili
2 sudu makan Sos tiram
Mushroom seasoning/secukup rasa
1 sudu sos ikan
1 sudu Gula somtan
1 biji Limau nipis
Hirisan bawang merah

Cara Membuat:

1.Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.

2.Bahan utama. Kalau nak pedas lagi tambah lebih. Semua bahan ni pakai chooper. Kalau tak ada chooper pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil dia jadi kasar.

3.Pakai minyak goreng ikan tadi je. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu Maksudnya minyak tu dah bertakung atas sambal kita.

4.Masukkan hirisan serai.

5.Masukkan daun limau. Batang tengah buang okeh, nanti pahit.

6.Masukkan pula sos cili.

7.Kemudian masukkan pula sos tiram.

8.Mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama je.

9.Masukkan sos ikan.

10.Masukkan Gula somtan.

11.Masukkan pula Limau nipis. Gaul rata. Tak yah garam dah, sebab sos ikan tu masin.

12.Nak letak bawang silakan, tanak pun takpe.

13. Masukkan ikan dan gaul.

Dah siap.

Seksikan? Sila ambil nasi cepat.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Cara Buat SAMBAL KICAP Orang Johor, Boleh Tahan Berbulan Simpan Peti Ais!
Baca Lagi Di Sini:Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Simple, Sedap Masak Pekat & Pedas!


Artikel Menarik:Resipi SAMBAL Masak Tradisi Orang Selama Perak, Belajar Dari Arwah Mak Mentua!

Mingguan Wanita: Boleh cuba kelainan masak Ikan Sambal Thailand ni. Sedapnya makan dengan nasi panas.

Sumber: Ameera

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab