CARA MASAK Daging Goreng Kunyit Sedap, Tetap Lembut Walaupun Bukan Batang Pinang!

Share

Ada caranya untuk masak Daging Goreng Kunyit yang sedap, malah tetap lembut walaupun bukan daging bahagian batang pinang. Malah tak guna ‘pressure cooker’ pun daging tetap lembut, berjus dan manis.

Boleh cuba tip dan cara masak daging goreng kunyit seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Syuhada ini.

Daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang.Untuk perapan daging goreng kunyit ni boleh refer gambar. Tips ni sesuai yang tak guna pressure cooker.

Baca Lagi Di Sini: Simpan Daging Dalam Plastik Ziplock, Cepat Defrost, Rasa Kekal Manis

Cara Membuat:

1.Perap daging dengan bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serbuk kunyit.

2.Ni cara mudah untuk sahur. Daging perap tadi goreng sekejap dalam 5 minit bagi keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.

3.Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup kuali. Masa bangun sahur tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur.

*Daging selama dia terperap dalam kuali tu dia melalui proses melembutkan urat-urat daging tu.Isi daging lebih juicy & manis.

3.Kemudian, goreng kentang dengan carrot dulu, baru bawang besar.

4.Goreng asing dulu supaya tak overcooked, daging dah masak baru campur dan gaul-gaul kejap.

5.Tabur sikit lada hitam.

6.Boleh letak sayur banyak-banyak seperti kacang buncis dan bunga kobis.

Info Ekstra!

Yang penting:-

  • Jangan masak masa dia masih beku dan sejuk.
  • Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi.
  • Kalau nak buat goreng-goreng atau masak kicap.. kena perap dulu dengan bawang putih,halia,rempah.
  • Gulai kari atau kurma. Masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana, masuk daun pandan.
  • Biar keluar air daging dan bagi dia sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit-sikit kalau kering sangat. Agak-agak daging dah mula tender baru tambah air lebih, santan + kentang. Masa ni dah boleh besarkan api.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba!

Mesti Baca: PETUA Paling Mudah Lembutkan Daging Guna MINYAK, Tak Perlu Rebus!

Artikel Menarik: Begini Resepi Campak-campak Nasi Daging Kurma, Senang Masak Sekali Harung

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak daging goreng kunyit yang sedap, tetap lembut walaupun tak guna bahagian daging batang pinang. Boleh cuba cara masak yang dikongsikan ini.

Sumber: Ummi Syuhada

Begini caranya kalau nak buat Ketupat Nasi

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Antara petanda suami sayang isteri.

Published by
Suhaidah Abd Wahab