Sebenarnya kalau bab cara masak cepat dan mudah, semua mak-mak nak tahu sebab menjadi impian bagi setiap isteri dan ibu untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiri yang sihat, bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang setiap hari. Lagipun air tangan isteri mampu menambat hati suami dan buatkan suami teringat-ingat, ketika jauh di mata.
Namun adakalanya, keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja.Proses penyediaan memasak yang agak remeh dan leceh, membuatkan makan di luar atau beli makanan ‘tapau’ sering menjadi pilihan. Walhal, tahap kebersihan dan cara penyediaannya juga boleh diragui.
Tip dan trik mudah ini boleh membantu para isteri dan ibu yang rajin memasak untuk menyediakan hidangan buat anak-anak dan suami tersayang setiap hari.
1.Rancang menu untuk seminggu
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
Ads
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan menu ikut hari pada bekas yang ingin disimpan
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
Ads
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi kerja
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan kedalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
Ads
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atu beli bekas plastik yang boleh digunakan didalam ketuhar gelombang mikro.Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas2.
Selamat mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, mak-mak yang superbusy!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keletah Siti Aafiyah Khalid ini comel betul. Walau tak dapat tidur dengan ibunya, penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah tetap relaks dan tak meragam pun.
Dah tiga malam ibu dan anak ini terpaksa tidur berasingan. Puncanya disebabkan ibu dan ayahnya alami batuk dan selesema. Sebab tak nak bagi berjangkit, ibunya ambil keputusan untuk pisahkan tempat tidur.
Tulis Datuk Seri Siti Nurhaliza,
Dah 3 hari terpaksa tido asing dengan Aafiyah sebab ibu Aafiyah dan ayah Aafiyah pun kena batuk dan selesema.
Kakak Dayah whatsapp ibu bagitau macam-macam gelagar Aafiyah bila tido ngan Kakak.
Ni dia nak ber ‘hi five’ dengan kakak walaupun mata pejam. Aafiyah anak ibu yang soleha. Aafiyah anak ibu yang hebat.. aamin ya rabb..
Doa Untuk Anak Ibu, Siti Aafiyah..
Walaupun tidur berasingan, ibunya tak lupa menitipkan doa untuk Aafiyah agar menjadi anak yang soleha.
Perwatakan comel lagi cute Aafiyah ini sentiasa mencuit perhatian peminat ibunya. Aksinya bergambar pun boleh buat kita yang tengok senyum sendiri.
Boleh bayang kan macam mana Aafiyah nak ber’hi five’ bila tidur dengan kakak pengasuhnya. Tentu bersemut tu.
Siti Aafiyah ini satu-satunya permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dinanti selama 11 tahun bersama pasangannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
MW :Begitulah mak ayah, akan memastikan anak-anak dalam keadaan sihat biarpun ibu dan ayah terpaksa berdepan kesukaran. Moga anak-anak lebih memahami pengorbanan ibu dan ayah,
Isteri aktivis dakwa jadi mangsa keganasan rumahtangga, terperangkap dalam perkahwinan demi anak-anak. Satu pendedahan mengejutkan dari seorang isteri, Nadzirah Yaacob yang juga merupakan isteri kepada seorang aktivis, Khalid Mohd Ismath apabila membuat pengakuan didakwa mental dan secara seksual sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam satu pengakuan berani dan terbuka di twitternya malam tadi, Nadzirah memaklumkan, suaminya itu telah pun didakwa dan diikat jamin kerana melakukan keganasan rumahtangga terhadapnya.
Isteri Aktivis Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga
Tambahnya lagi, dirinya didera dan dikasari secara seksual dan mental sepanjang perkahwinan mereka.
“Dia juga menghendap saya dan menggangu rakan kerja saya. Hal ini telah berlarutan selama hampir 10 tahun,” kata Nadhirah sambil menambah, dirinya mendapat tahu bahawa lelaki tersebut telah memfitnahnya berlaku curang.
“Bukti” yang telah dia kongsi kepada kawan-kawan sebenarnya merupakan bukti keganasan dia terhadap saya,” katanya yang menulis quote di twitternya @EiraNy.
Dalam pada itu, wanita ini turut mendakwa keluarga Khalid Mohd Ismath masih mempertahankan anak mereka walau pun telah dimaklumkan apa yang telah dilakukan oleh anak mereka terhadap dirinya.
“Mereka juga telah membayar ikat jamin untuknya bagi pertuduhan keganasan rumahtangga terhadap saya, mencaci maki saya apabila mendapat tahu dia ditahan atas pertuduhan tersebut.
Terperangkap Dalam Perkahwinan Demi Anak-Anak
Jelas Nadzirah lagi, selama ini dirinya terperangkap dalam perkahwinan demi kepentingan anak-anak.
“Saya memutuskan untuk berkongsi kisah saya kerana saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan Khalid Mohd Ismath.
“Saya telah menerima mesej dari kawan-kawan yang bertanya keadaan saya dan anak-anak. Saya harap kawan-kawan boleh memberi ruang dan menghormati privasi saya dan anak-anak buat masa ini.
Dalam dunia aktivis, Khalid Ismath pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pernah ditahan kerana menghina Yang Dipertuan Agong.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!