Tanpa ibu dan ayah, siapalah kita di dunia ini. Bila diingatkan kembali masa kecil, tentu kita teringatkan layanan yang diberikan oleh mak kita. Masa itu, kita degil, tak dengar kata atau marah, mak tetap layan dengan baik.
Bila kita dah dewasa, punya keluarga sendiri, barulah kita sedar dan melihat cara anak kita yang mungkin terikut-ikut cara kita semasa kecil. Barulah ingat kembali peel kita masa-masa dulu kan!
Mak, marah macam mana pun, hati dia tetap lembut dan tidak pernah simpan dalam hati. Doanya mustajab dan dia sanggup bersusah payah demi anak-anaknya. Segala-galanya berkat doa seorang mak.
Jadi, kita yang sedang lalui sekarang, doakan yang baik-baik untuk anak dan buat yang masih ada ibu, layanlah sebaiknya selagi dia masih ada. Perkongsian daripada Khairul Anuar Basri ini cukup menyentuh hati. Moga kita sedar dan peroleh manfaat.
Jagalah hati ibumu kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Begitu juga bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Ads
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Mulianya Ibu
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita dan kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Ads
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua itu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Hebatnya Ibu
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita. Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Ads
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu.
Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Ingatlah ibu kita. Akan ada satu masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
MW: Nak balas jasa ibu bukan dengan hanya dengan beri duit atau kemewahan. Tapi sentiasalah berdoa, amal jariah yang tak akan putus buat seorang ibu.
Isteri penat mental dan emosi, jadi cepat hilang sabar, sensitif. Apabila berbicara tentang penat, tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai beban dan keletihan tersendiri.
Isteri Penat Mental & Emosi, Jadi Cepat Hilang Sabar, Sensitif
Bagaimanapun perbezaan antara penat lelaki dan perempuan terletak pada punca dan cara menanganinya.
Penat Lelaki: Fizikal
Kebanyakan lelaki mengalami penat fizikal disebabkan oleh penggunaan tenaga dan anggota badan untuk melakukan kerja. Penat fizikal ini boleh dirawat dengan mendapatkan rehat yang secukupnya, mengambil suplemen, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, dan tidur yang mencukupi. Aktiviti seperti bersenam dan makan makanan berkhasiat juga dapat membantu mengurangkan penat fizikal.
Penat Perempuan: Mental dan Emosi
Sebaliknya, penat yang dialami oleh perempuan lebih banyak berkaitan dengan mental dan emosi. Keletihan ini sukar dirawat jika pasangan tidak memahami keadaan mereka. Penat mental dan emosi ini melibatkan perasaan serta emosi yang mungkin tidak diluahkan untuk menjaga hati orang lain, terutamanya pasangan.
Memendam Perasaan
Memendam perasaan adalah punca utama penat mental dan emosi dalam kalangan wanita. Tanda-tanda bahawa isteri mengalami keletihan ini termasuk cepat marah atau meninggi suara atas kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak, seperti tertumpah minuman, terjatuhkan barang, atau tidak memberi respons apabila dipanggil. Isteri yang cepat hilang sabar menunjukkan bahawa bukan kesalahan anak-anak itu yang besar, tetapi mental dan emosinya yang sudah penat.
Tanda-tanda Isteri Penat Mental dan Emosi
Apabila kita mendengar isteri mula meninggi suara kepada anak-anak, ketahuilah bahawa dirinya sudah penat mental dan emosi. Ini mungkin kerana suami membiarkan isteri bertungkus-lumus dan berperang seorang diri dengan anak-anak, sementara suami hanya duduk menonton televisyen atau bermain telefon bimbit.
Menghadapi Keletihan Emosi
Isteri yang penat mental dan emosi juga akan menunjukkan tanda-tanda seperti hilang mood untuk bergurau senda, tidak mempamerkan riak wajah gembira atau sedih, menjadi kurang ramah, menjauhkan diri dari suami, mengasingkan diri di dapur atau bilik, dan menangis tanpa sebab. Isteri menjadi cepat sensitif kerana dalam hatinya bergelora, fikirannya serabut, dan banyak perasaan bercampur aduk.
Cara Merawat Penat Mental dan Emosi
Penat mental dan emosi ini hanya dapat dirawat jika suami menolong meringankan beban yang ditanggung isteri, berkomunikasi dan menyelami isi hati isteri, menghargai apa yang telah dilakukan dalam rumah tangga, serta membawa isteri keluar atau bercuti seketika untuk menjauhkan diri dari persekitaran yang sama setiap hari. Jangan biarkan isteri menghadapi keletihan ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dalam hidup kita.
Dengan memahami dan menghargai perbezaan antara penat fizikal lelaki dan penat mental serta emosi wanita, kita dapat mencipta suasana yang lebih harmoni dan menyokong antara satu sama lain dalam rumah tangga.
Betapa nazaknya generasi kita pada hari ni, tidak berpikir panjang dan tergamak mengiklankan jual anak secara terbuka. Dimana nilai kemanusiaan dan rasa kasih pada anak sehingga sanggup membuat tindakan demikian, walaupun sangat memerlukan duit atas dasar kesempitan hidup.
Memetik sebuah laporan akhbar,pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 ditahan polis malam semalam.
Tindakan Pantas Aktivis Sosial
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.
“Manakala suspek lelaki yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.
“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.
Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’.
Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.
Aktivis sosial itu seterusnya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap dua bayi malang berkenaan.
Mazlan berkata, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubungi wanita terbabit bagi membeli bayi mereka.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Semoga mak ayah lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak remaja.Masyarakat juga perlu ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Tindakan pantas seperti yang dilakukan oleh aktivitis sosial ini, wajar dipuji kerana ia berjaya menyelamatkan masa depan bayi kembar tersebut.
‘Zaman sekarang kesabaran anak mula berkurang.’ Cabarannya mak ayah kena kawal anak-anak sebaik mungkin. Ini ujian berat buat mak,ayah yang mempunyai anak yang sedang membesar.
Bukan hanya anak-anak, mak ayah pun sabarnya tak sebanyak zaman dahulu. Dalam dunia sekarang dengan kepesatan teknologi membuatkan anak-anak sukar dididik untuk bersabar.
Ikuti perkongsian santai Hilmi Jailani dan dalam masa yang sama hadam baik-baik mesej yang disampaikan:
Zaman Sekarang
Teringat zaman 20 tahun dulu. Tengah seronok tengok televisyen mak datang bawak vakum. Inilah antara moment mencabar kesabaran seorang budak.
Cerita power rangers kot. Jangan buat main. Bunyi vakum waktu itu pula tak nak kalah. Boleh bergegar dinding rumah jiran. Time mak ON vakum itu sedang elok time power rangers tengah nak bertukar.
Dia punya geram ya Rabbi. Mak ni macam saja nak uji kita.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...