Cara Keringkan DAUN PARSLEY Untuk Masakan, Buat Stok, Terjamin Kebersihan Daunnya!

Share

Daun parsley, selalunya digunakan sebagai hiasan ataupun bahan utama dalam masakan terutamanya masakan Mediterranean, Eropah dan Amerika . Malah, ia dijadikan penambah rasa pada hidangan seperti sup dan pasta.

Bila masakan pasta, dah tentu akan gunakan daun parsley dan untuk memudahkan mak-mak aan beli yang dah siap diproses dengan pelbagai jenama yang ada. Namun, ada juga yang lebih suka beli yang segar.

Masalahnya, kalau beli yang segar dan tentu akan berlebihan sebab gunanya tak adalah banyak sangat. Simpan lama-lama akan layu dan tak elok. Akhirnya buang begitu saja.

Jangan cepat buat keputusan. Daun parsley yang lebih itu mak-mak boleh keringkan dan buat stok lagi untuk kegunaan akan datang. Inilah yang dikongsikan oleh Nur Aida.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

Keringkan RUMPUT, SUSUN Bagi Cantik, Framekan Terus Jadi HIASAN Dinding MAHAL

Daun Parsley, Keringkan & Buat Stok

Projek keringkan parsley. Bagusnya ada mesin Dyhadrator ni semua benda-benda yang cepat rosak boleh dikeringkan. Jadi, bolehlah elak pembaziran.

Kali ini kita keringkan daun parsley.

Caranya:
1. Basuh bersih daun parsley, cuci dengan air garam dan toskan.


.

2. Kemudian, susun atas tray dan keringkan. Keringkan selama 13 jam.dengan suhu 60 darjah supaya warna hijau parsley kekal.


.


.

3. Dah siap hancurkan dan simpan dalam botol.


.


.

Bila buat sendiri, warna pun fresh je hijaunya. Lagipun kita tahu kebersihan daun sebelum dikeringkan dan dijamins selamat.


.


.

Mingguan Wanita : Mak-mak yang ada dyhadrator tu, bolehlah cuba buat. Jimat pun jimat, nak guna dlaam masakan ambil saja.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora