Petua mengecutkan jerawat dan pori-pori ini eloknya dibuat sebelum tidur malam. Selepas selesai, dapatlah kulit wajah itu bernafas dan menjalankan fungsinya di malam hari.
Perkongsian Petua daripada Salmah Rabun ini sememangnya mudah dan ringkas saja. Cik Puan kita ini sarankan penggunaannya cuma untuk 5 ke 10 minit. Tak perlu terlalu lama, sebab nanti kulit wajah menjadi kuning melampau.
Bahan-bahan Kecutkan Jerawat Dan Pori-pori Wajah
Serbuk kunyit
Madu
Perahan air lemon
Cara Mudah
1. Potong lemon dan perah air dengan campuran serbuk kunyit
2. Tambahkan campuran tadi dengan lemon
3. Gaul sampai rata
4. Sapukan di seluruh muka atau bahagian bermasalah sahaja
5. Basuh 5-10 minit. Tak perlu lama nanti muka jadi kuning.
Sumber/Foto: Facebook Salmah Rabun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI