Cara Jimat Bersih Barang Kemas Guna Pencuci Pinggan, Rendam 30 Minit, Terus Berkilat

Share

Kalau biasa mak-mak buat ‘basahan’ untuk setiap barang kemas, lama-kelamaan yang berkilat boleh jadi malap. Tak seperti masa mula-mula beli. Nak bersih barang kemas, ambil masa pula untuk ke kedai dan perlu tinggalkan untuk sehari dua.

Jadi, nak senang mak-mak boleh bersih barang kemas sendiri, lebih-lebih lagi kalau nak sambut hari raya, mestilah nak nampak berkilat dan cantik seperti baru.

Perkongsian daripada Faizah Idris ini sangat mudah dan jimat. Kalau ada barang kemas yang preloved pun boleh juga bersih barang kemas sendiri. Ambil masa 30 minit, terus keluar daki-daki yang melekat itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Penting Simpanan Barang Kemas Di Ar-Rahnu, Siap Boleh Upgrade Lebih Berat Lagi

Cuci Sendiri Barang Kemas, 10 Minit Saja Dah Berkilau Macam Baru Beli

Info Lebih Menarik DI SINI

Bersih Barang Kemas Sendiri, Jimat Belanja

“Tadi baru teringat nak cuba cuci emas, maklum saja barang kemas saya banyak yang preloved.
“Nak cuci, saya guna sabun cecair cuci pinggan jenama eziclean dan air panas saja.
“Inilah hasilnya selepas direndam selama 30 minit dan diberus-berus lembut. Semua kotoran terus keluar dari celah-celah barang kemas.
“Jadi, tak perlu nak ke kedai emas untuk cuci, jimat duit dan barang kemas ini dah sedia untuk digayakan nanti.

MW: Tak perlu nak berkira-kira ke kedai emas semata-mata nak cuci barang kemas. Guna cara ini pun boleh, jimat duit.

Sumber: Faizah Idris

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?

Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.

Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.

Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.

Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora