jaga bini dalam pantang

Ada isteri suka berpantang di rumah sendiri, demi duduk dekat dengan suami dan anak-anak kadang kaum ibu yang baru lepas bersalin rela. Tetapi berpantang bukan hal yang boleh dianggap remeh bagi golongan lelaki kerana isteri boleh terdedah kepada risiko bentan atau meroyan. Ikuti tinjauan lelaki, bagaimana mereka membantu isteri ketika di dalam pantang?

Jaga Emosi Isteri

“Sebagai suami saya sentiasa memikirkan emosi isteri yang perlu dijaga. Kena tahu dan ambil tahu apa keperluan dan kehendak isteri yang dalam pantang. Kita boleh tolong jagakan anak-anak yang lain ketika isteri ulit dengan anak kecil. Kalau anak kecil dan seorang, sama-sama menjaganya kerana isteri berasa sangat letih ketika berpantang. Kalau berani boleh mandikan anak. Masa yang sama, kalau isteri minta urutkan, suami lekas-lekaslah bantu. Kalau isteri nak bermanja atau beremosi layankan saja permintaannya. Lagi satu, sentiasalah ada bersama isteri setiap masa, baru isteri rasa suami menghargai dirinya yang melahirkan zuriat untuk kita.” – Ahmad Amree Othman, 29 tahun.

Waktu Malam Gilir Jaga Anak

“Masa isteri berpantang adalah waktu di mana mereka sangat-sangat memerlukan suami kerana waktu itu mereka sudah tiada kekuatan setelah bertarung nyawa melahirkan zuriat. Ikut pengalaman saya, suami kenalah bantu menyiapkan kelengkapan bayi.

Ads

Contohnya ketika isteri nak mandi, kita yang sediakan airnya. Selain itu, jangan sesekali membuatkan isteri terasa seperti tidak dihargai atau terasa kosong. Ketika malam jangan tidur mati. Sebabnya waktu malam, biasanya anak-anak akan bangun merengek dan kita kena temankan sekali. Isteri pernah alami mengigau seperti ditarik ke laut dalam, nasib dia sempat kejutkan saya,” Firdaus Arizan, 29 tahun.

Ads

Bagi Semangat

“Saya sering berikan kata-kata motivasi buat isteri semasa di dalam pantang khususnya ketika hendak menyusukan anak. Bayangkan, isteri berada dalam keletihan dan kadangkala penat yang bertukar menjadi stres. Masa yang sama, bantulah tukar lampin pakai buang anak pada waktu malam, jangan serahkan semuanya untuk isteri buat. Selain itu, suami perlu sediakan kelengkapan lengkap untuk pasangan dan anak semasa di dalam pantang. Kalau boleh dan pandai, masakkanlah lauk pauk untuknya di dalam pantang dan hidangkan sekali. Isteri tentu rasa dirinya amat dihargai dan disayangi, tambah-tambah dia lahirkan anak untuk kita.” Muhammad Syafiq, 29 tahun.

Ads

Sediakan Air Mandi Untuk Isteri

“Kalau berkesempatan, saya mandikan juga dirinya kerana ini salah satu cara saya menunjukkan kasih sayang buatnya dengan kelahiran anak kami. Malam-malam juga saya akan bangun dan bancuhkan susu untuk anak dan menyuruh isteri berehat kerana berpantang ini sebenarnya sangat memenatkan. Untuk makluman juga, sampai sekarang sayalah yang mandikan anak untuk meringankan beban isteri.” – Ekram Ramli, 29 tahun.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI