Mak ayah yang sedang membesarkan anak-anak kecil lahir rapat-rapat, tak nafikan memang akan ada perasaan penat dalam diri itu.
Macam-macam nanti kerenah anak-anak yang nak mak ayah penuhi. Kadangkala sampai tak cukup tangan, sebab tak tau nak buat mana satu dulu.
Percayalah mak ayah, keletihan dan kepenatan melayan anak kecil inilah momen yang amat berharga sekali. Sebab bila mereka dah besar, momen itulah paling mak ayah rindu. Inilah yang dikongsikan ayah kepada 6 orang cahayamata ini, Shahrul Zaman Lukman.
Ada orang tanya, macam mana jaga anak kembar?
Saya jawab macam jaga anak lahir rapat-rapat juga.
Saya ada 3 anak bersekolah, 3 anak yang masih tidur bawah ketiak saya.
Memang… Yang 3 cenonit ni memang suka berkepit dengan saya. Mungkin sebab saya banyak masa dengan mereka semenjak saya berhenti kerja dan duduk rumah. Kerja dari rumah.
Sifir saya mudah saja tuan-puan.
“Zaid dah bangun..”
“Ziyad nak minum..”
“Arshad nak makan..”
Tanda ‘caring’ . Prihatin dan nak bagi mood best kepada mereka.
Nampak mereka senyum awal pagi, kita pun senang nak buat tugasan hakiki di rumah.
Tantrum? Biasa juga terjadi.
Kita? Senyum dulu sambil buat-buat sembang dan pujuk. Untuk alih perhatian mereka kepada perkara lain.
Mereka nak tarik perhatian kita sebenarnya.
Baca sini : Ayah kena rapat dengan anak perempuan sebab dialah pelindung utama, bukan lelaki lain.
Minta jadi kuda. Jadi..
Minta jadi raksasa.. Jadi.
Minta jadi sofa.. Jadi.
Bayangkan tuan-puan, 3 anak lelaki saya ni selalu jadikan badan saya tempat lepak?
Fuh.. Terasa diri dipenyek menjadi burger!
Syukur.. Alhamdulillah..
Sebab saya tahu. Nanti saya rindu momen-momen ni bila mereka sudah besar.
Percayalah, kita sukar nak recall setiap momen anak-anak sedang berinteraksi dengan kita masa mereka kecil.
Allahu.. Kekadang saya rakam video mereka juga. Tanda kenangan. Dan, putar semula memalam.
Boleh leleh air mata, beb!
Mingguan Wanita : Betul tu, semakin anak-anak membesar momen menjaga anak-anak waktu kecil itulah nanti yang mak ayah paling rindu.
Sumber/Foto : Shahrul Zaman Lukman
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW