Buah kismis memang terbukti banyak khasiat nutrisinya. Boleh campur dalam kek, kuih, masakan atau dimakan begitu sahaja. Jika mak-mak ada beli buah anggur, boleh cuba buat sendiri kismis secara homemade. Mudah sahaja, malah lebih terjamin kebersihan dan kesegaran kismis yang dihasilkan.
Boleh ikut cara buat kismis yang dikongsikan oleh Tuan Kipli Joni ini;
“Balik dari “kebun”, dapat tuai 4 kilo buah anggur. Hari ini kita nak buat “kismis”. Semenjak dulu saya terfikir “kismis” di buat dari buah apa ye!
“Rupanya, di buat daripada buah anggur. Proses membuat kismis sebenarnya amat mudah. Kalian semua pun boleh, saya pasti.”
Jom, saya tunjuk cara “homemade” buat kismis.
1. Rendam dan basuh buah anggur agar bersih.
2.Toskan.
Ads
3. Sediakan periuk memasak dan isi dengan air bersih, kira-kira boleh tenggelamkan semua buah anggur nanti. Bubuh sedikit garam.
4. Setelah air mula mengeledak, masukkan semua buah anggur yang telah dibersih tadi. Perlahankan api.
5. Apabila buah anggur mula nampak kulitnya merkah pecah dan timbul, tutup api dan keluarkan semua buah anggur. Tos biar kering.
6. Susun dalam tray dan jemur dibawah matahari yang panas terik. Atau masuk kedalam “dehydrator”.
Ads
7. Jemur (2-3 hari) sampai buah anggur jadi kecut dan keredut. Sedia untuk dimakan!
MW: Mudah sahaja kan nak buat kismis sendiri secara homemade. Lebih terjamin kebersihan dan kesegaran kismis tersebut. Takdelah bau hapak sebab kismis dah lama.
Tak dinafikan sebaris gigi yang putih bersih menjadi idaman ramai orang. Apatah lagi ia mampu menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang lain. Salah satu punca gigi menjadi kekuningan kerana kekerapan pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh.
Tip Gigi Putih Bersih Faezah Elai
Baru-baru ini, pelakon Nor Faezah Md Elai,39 atau lebih dikenali Faezah Elai ada berkongsi tip yang diamalkan setiap kali ambil minuman kafein seperti teh dan kopi bagi memastikan giginya kekal putih bersih.
Menurut pelakon ini, dia tidak menggunakan rawatan gigi seperti Veneer pun untuk mendapatkan gigi yang sihat, putih bersih. Sebaliknya menggunakan penyedut minuman (straw) setiap kali minum minuman berkafien seperti kopi dan teh dengan suhu air yang tidak terlalu panas.
“Pasai apa putih? Sebab when I drink tea or coffee, I will use straw to avoid colour caffeine tu direct kena gigi. Tak pecaya? Try sendiri..it works!
Kalau ayaq panaih tak payah straw! I dont really drink ayaq panaih. Kalau nak minum jugak suka hati hang lah! I drink teh tarik also I use straw. Tak dak masalah aihh!! Sunnah pun kata jangan makan or minum terlalu panaih sampai dok kena hemboih. Paham dak?
Info Ekstra!
Veneer adalah lapisan nipis yang dilekatkan di permukaan depan gigi untuk memperbaiki permukaan, bentuk, warna dan saiz gigi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan, berterabur jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Ada juga yang gunakan vacuum sewaktu drill, namun akibatnya vacuum mudah rosak sebab tersumbat dengan habuk-habuk. Sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan gunakan botol mineral kosong seperti yang dikongsikan oleh Encik Fizi Husain ini.
Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai dengan habuk banyak selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan kurang berterabur.
“Saje share, cara kerja bersih sikit.Nak beli alatnya mahal, sebelum ni letak vakum bawah tu sambil tebuk.Pakat DIY je mudah. Peratus habuk tu dapatlah dikurangkan 80 peratus dari jatuh. Yang ada 20 peratus tu kat dalam lubang, atas lantai.”
Bahan Diperlukan:
Botol Mineral Kosong (saiz 500ml)
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Buang plastik minuman pada botol plastik yang kosong.
2. Potong separuh dan secara menyerong seperti dalam gambar.
3. Tebuk lubang pada bahagian atas botol dan masukkan mata gerudi.
4. Halakan pada dinding yang ingin ditebuk dan pastikan botolnya elok melekap bagi mengelakkan habuk jatuh berterabur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!
Mahal sungguh harga bawang merah sekarang. Memandangkan harga bawang merah dah semakin mahal, ada baiknya mak-mak yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah. 2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati. Tapi nak tanam bawang merah ni ada cara dan tipnya yang kena ikut.
Boleh rujuk perkongsian Puan Azlina Mat Lazim cara BETUL tanam sendiri Bawang Merah di rumah.
Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dengan nisbah 2:1
*Pasir = 2 bahagian campur Tanah berkebun = 1 bahagian.
Tanam di tempat terbuka
Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
Cara-Caranya:
1. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.
2. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
3. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
4.Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah…biarkan sahaja.
Tip Ekstra!
Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-laim baja yang di fikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan,terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai akan di jemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh cuba tanam sendiri bawang merah ni di rumah. Ikut tip dan kaedah yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...