
Isi Kandungan
ToggleKadang-kadang banyak cara dan bahan yang kita gunakan untuk halang serangga datang pada pokok tanaman kita. Tapi hanya bertahan seketika, lepas itu muncul balik.
Paling merisaukan, habis tanaman tak menjadi sebab serangan serangga terutamanya bena putih, belalang dan semua. Jadi cara terbaik dan mungkin boleh membantu untuk halang serangga, bolehlah gunakan cara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Semburan Serangga Guna NASI, Tanaman Lebih Selamat Dimakan & Jimat Kos
Buat Sendiri Semburan Organik, Guna Bahan Dapur, Elak Serangga Makan Daun Tanaman
Info Lebih Menarik DI SINI
Halang Serangga Guna Shampoo
Kali ini Lebai Kudin nak kongsi cara buat kawalan seranggan sendiri untuk menghalang lalat putih @ bena putih pada pokok cili dan sayuran.
Alhamdulillah belalang dan semut pun tak ada. Yang penting tiada racun berbahaya digunakan.
1. 1 sudu shampoo kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth
2. 1 sudu cuka makan
3. Bancuh dalam 1 liter air
Caranya:
Campurkan semua dan spray ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau 2 kali ikut keperluan.
Shampoo Tiada Bahan Kimia
Kenapa guna shampoo kanak-kanak? Sebab shampoo ni tiada kimia merbahaya, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan.
Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan. Selamat mencuba.

Mingguan Wanita: Boleh cuba nanti. Salah satu cara selamat tanpa bahan kimia.
Sumber: Lebai Kudin
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Belacan Tahan Lama. SANGAI Dulu Sebelum Simpan Dalam Botol, Jimat Duit

Mak-mak mesti ada rahsia masakan nak bagi sedap kan, terutamanya kalau masak sambal, mesti ada yang suka letak belacan untuk naikkan aroma dan rasa lebih sedap.
Bagi yang ada masalah resdung, ia bukanlah pilihan utama. Bahkan mereka yang alergik bahan ini dapat tahu daripada bau masakan pun dah cukup.
Walau bagaimanapun, tidak semua masakan yang mak-mak masak ini ada belacan. Kadang-kadang, nak pakai hanya sedikit tapi terpaksa beli dengan jumlah yang diberi. Entah bila pula nak pakai.
Akhirnya, dah tentu rosak dan tak boleh nak guna lagi. Perkongsian daripada Umi Watie ini boleh membantu untuk memastikan ia tahan lama.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Nak Buat Biskut SEDAP Dan RAPUH, Kena Ada 3 Bahan Ini
Guna Tiga Bahan Dapur, Buat Untuk Mandi. Petua Hilangkan Cacing Pada Anak
Info Lebih Menarik DI SINI
Belacan Tahan Lama
Nak bagi belacan tahan lama, kena sangai dahulu. Belacan pun layak dapat perhatian kerana ia sangat penting dan bermakna dalam masakan kita.
Caranya:
Biasanya, kalau beli kita guna separuh sahaja. Bakinya tak tahu bila pula akan pakai. Lama biarkan akan cepat rosak.
Jadi, nak pastikan belacan tahan lama, gunakan kuali anti lekat dan masukkan seketul saja. Sangaikan dan gunakan api kecil sahaja.
Semasa proses sangai itu, pecahkan ketulan belacan.
Bila ia kelihatan agak kering, pecahkan sekali lagi.

Pastikan ia kelihatan halus seperti ini.
Biarkan ia sejuk dan barulah disimpan di dalam botol. Bila nak guna hanya sudukan sahaja. Tak perlu bakar dah. Jimat masa dan duit lagi.
MW: Sesuai untuk mak-mak yang jarang guna belacan. Nanti boleh buat macam ni. Nak pakai sudukan saja.
Sumber: Umi Watie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Penting Simpanan Barang Kemas Di Ar-Rahnu, Siap Boleh Upgrade Lebih Berat Lagi

Isi Kandungan
ToggleDi Malaysia, sebut sahaja Ar-Rahnu, mesti mak-mak akan ingatkan tentang simpanan barang kemas di situ. Tak perlu lagi nak ke pajak gadai semata-mata untuk menjualnya. Paling penting, boleh pajakkan emas dan mudah untuk tebus di kemudian hari.
Perkongsian daripada Faraszuiana Yazid ini boleh dijadikan rujukan untuk mak-mak di luar sana, cara untuk simpanan barang kemas di Ar-Rahnu. Malah, katanya tip ini untuk mak-mak yang ada barangan kemas kecil tapi mahukan dapatkan barang kemas yang lebih berat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Kumpul RM200 Dalam 20 Hari, ‘Tabung Paksa Diri’ Ikhtiar Tukar Gram Emas
“Wasiatkan Emas Untuk Sedekahkan Pada Masjid”, Wanita Ini Kongsi Persediaan Maknya Sebelum Meninggal
Info Lebih Menarik DI SINI
Simpanan Barang Kemas – Tip Yang Betul
1. Pastikan berat barang barang kemas baru yang hendak dibeli
2. Pajakkan barang kemas lama dengan nilai yang lebih berat (ada susut nilai)
3. Pilih barang kemas kecil dengan gram yang ringan seperti cincin, loket, subang. Nilai semua mesti melebihi berat barang kemas yang hendak dibeli (lebihkan dalam 3gram)
4. Dalam satu surat boleh letakkan maksimum 10 item.
5. Bulan pertama tebus item yang paling ringan, bulan kedua item kedua ringan, tebus setiap bulan sehinggalah habis item
6. Kalau item terakhir tidak dapat tebus dalam masa sebulan. Tukarkan dengan item yang ditebus pada bulan awal-awal. Pastikan gram juga lebih berat untuk cover upah simpan. Tebus balik dengan item yang paling ringan. Ulang-ulang sehingga habis tebus ya.
7. Kelebihannya, akan dapat perbaharui surat setiap kali ambil item, tempoh juga akan menjadi 6 bulan ke hadapan.
8. Upah simpan juga akan berkurangan kerana mengikut berat barang kemas yang masih dipajak.
9. Nilai emas selepas ditebus akan ikut harga semasa.
Selamat mencuba. Tip ini berguna untuk orang-orang yang ada barang kemas kecil dan yang teringin untuk memiliki barang kemas yang lebih berat.
MW: Bagi yang biasa ke Ar-Rahnu bolehlah cuba cara ini.

Sumber: Faraszuiana Yazid
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana

Isi Kandungan
TogglePengalaman berdepan dengan banjir, siapkan barang keperluan penting ini sebagai persediaan bencana di masa depan. Mungkin tip yang dikongsikan ini dapat memberi panduan kepada mereka yang kerap menghadapi banjir.
Bencana alam seperti ini sukar mak ayah jangkakan. Oleh itu buat persediaan agar suatu nanti jika terlibat dengan banjir, mak ayah lebih bersedia untuk menghadapi dan tahu apa yang perlu dilakukan dahulu.
Ikuti pengalaman mangsa banjir, Baharin Abd Hamid ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Pengalaman Berdepan Dengan Banjir
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah selamat keluar (saya, Piena Baharin, anak dua orang dan ayah saya). Pengalaman yang sangat dahsyat kalau hendak dibandingkan dengan banjir yang berlaku pada tahun 1995.
Ya, Seksyen 25 (Shah Alam) bukan pertama kali hadapi banjir. Tahun ini saja sudah tiga kali termasuk kejadian kali ini. Tetapi kali ke-3 ini adalah yang paling buruk sebab ramai terkandas dekat rumah.
Asalnya ingatkan air sekadar naik sekitar buku lali atau paras lutut. Rupanya hingga ke paras siling. Syukur sebelum air naik, ayah dan anak lelaki dapat datang ke rumah untuk bermalam di sini. Mereka tumpang 4×4 jiran dan jalan ke rumah kami. Waktu itu hampir 7petang dan air mula melepasi pinggang.
Mana yang rumahnya satu tingkat, harap bertabah. Selamatkan benda penting seperti makanan ringan, kad pengenalan, kad bank dan pelitup muka. Saya sendiri terlupa nak selamatkan facemask semua sebab dah kelam kabut selamatkan barang-barang termasuklah keperluan makanan.
Siapkan Barang Keperluan
Kadang-kadang beli barang lebih untuk storage ada kelebihannya jika berlaku bencana seperti sekarang. Boleh share dengan jiran-jiran juga.
Kebetulan saya ada camping stove, jadi saya selamatkan beras, maggi, teh, telur dan beberapa barang basah serta peralatan memasak. Syukur sangat-sangat sebab ada camping stove ni. Boleh masak jika perlu.
Jadi saya sarankan anda beli satu camping stove untuk simpanan, gas dia pun tak mahal sangat. 1 tin harganya dalam RM4 hingga 5 saja. Just in case. Tak lupa juga torch light. Saya gunakan jenis yang basikal pakai, kecil, kalis air dan bateri tahan lama(USB charge). Dapatlah suluh apa yang patut ketika hari makin gelap.

Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Harta benda kami semua habis ditelan banjir, kereta, motor, barang-barang rumah. Allahuakbar! Sebak kami memikirkan bagaimana dengan hari-hari mendatang. Tak apalah, Allah lebih mengetahui. Yang penting kami harus terus bertahan sebelum bantuan tiba.
Malam pertama banjir, kami makan apa yang ada, ramai yang bertanyakan khabar tapi tak dapat nak reply sebab line tak berapa clear. Tambahan pula bateri tinggal sekitar 50 peratus, 30 peratus. Power bank pun tak berapa ada bateri. Mujur ada laptop, jadi bolehlah cas sikit.
Waktu kecemasan macam ini saya gunakan mode ultra battery saver. Jika bateri tinggal 30% boleh tahan hingga 29 jam. Mode ni akan aktifkan aplikasi yang penting je seperti Whatsapp, Call dan Messenger. Fungsi-fungsi lain dia akan hentikan termasuklah ringtone dan wallpaper. Sesuai untuk waktu kecemasan seperti sekarang.
Artikel Berkaitan:
“Bersihkan, Jemur Bawah Terik Matahari.” Cuba Tip Ini Selamatkan Barang Elektrik Terendam Banjir
Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir
Menunggu Bot Bantuan
Waktu ni, tiada bot yang lalu. Mungkin mereka baru dalam perjalanan, jalan pula banyak tutup akibat banjir. Jadi bantuan sampai lambat. Tambahan pula banyak tempat-tempat lain di Klang, Shah Alam yang perlukan bantuan juga. Sekitar pagi jam 7pagi pada 19 haribulan barulah ada kelibat 3, 4 bot lalu lalang. Ada yang jerit meminta tolong termasuk uncle sebelah yang ada baby. Uncle tu pun tak berapa sihat sebab dialisis.
Bot yang lalu semua saiz kecil (mungkin persendirian) jadi tak boleh tolong dan risikokan diri. Mereka suruh bertahan dan akan sampaikan mesej pada bot-bot yang lebih besar.
.
Jam 10 pagi, banjir masih tinggi. Bot-bot besar sudah mula masuk. Jiran-jiran juga sudah berjaya dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Matahari pun dah mula keluar. Bot-bot bawa bantuan makanan pun sudah masuk, mereka bawa roti.
Helikopter juga kelihatan berlegar-legar memantau situasi. Air paip di rumah masih ada. Toilet tingkat atas masih boleh diguna. Ketika ni adik saya Aminah Asykin Abd Hamid dan keluarga on the way pulang dari Melaka bersama ibu saya. Jadi kami rancang untuk keluar dan tumpang rumah mereka. Bertemu di atas highway kesas.
DiSelamatkan
Kami diselamatkan sekitar jam 5 petang oleh kawan wife. Terima kasih sangat-sangat buat Abang Sab dan kawan dia. Dayung jauh-jauh hingga ke rumah kami. Bawa 2 bot pelampung. Jadi kami semua dapat keluar dalam 1 trip. Kami di bawa ke darat. Ramai orang di situ memberi bantuan kepada mangsa, tarik bot ke darat, tolong angkat beg, tolong warga emas dan memberi makanan.
Selamat mendarat, kami di bawa ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara) Dewan SJK berhampiran. Tapi kami memohon untuk dihantar seberapa hampir dengan highway kesas. Dan kami diturunkan berhampiran lot kedai persiaran kemuning prima. Sesampainya di situ, adik kata tak dapat nak masuk sebab jalan banjir.
Laluan yang boleh diakses adalah highway LKSA. Bermakna kami terpaksa patah balik. Jam sudah menunjukkan waktu 6 petang. Hari mula gelap. Si kecil sudah mula sedih sebab takut tak ada tempat nak bermalam. Oh anak… lemah jiwa baba melihat kamu begitu. Insyallah, baba akan usaha sehabis baik untuk kamu.

Berpatah Balik
Perancangan baru. Kami harus berpatah balik ke PPS. Kerana ianya berhampiran dengan LKSA. Dengan harapan banjir sekitar persimpangan menuju ke LKSA surut agar kami boleh melintas ke situ. Kalau tak, kami akan minta bantuan bot. Patah balik kami jalan sedikit mencari area yang lebih luas untuk tahan kereta meminta tumpang. Ini kerana jalan sesak dengan kenderaan bantuan dan macam-macam.
Alhamdulillah ada satu hilux hantar bantuan menumpangkan kami. Terima kasih pada adik-adik India yang sudi bantu. Sesampai di PPS, keadaannya gelap kerana elektrik telah ditutup sejak senja hari Sabtu. Kelihatan banyak bantuan makanan dan minuman yang sampai.
Kami meneruskan perjalanan untuk melihat keadaan jalan. Syukur Ya Allah, walaupun masih banjir tapj kami boleh mengharunginya dengan berjalan. Air sekitar buku lali dan lutut. Kami berjalan dalam 70 meter hingga ke susur keluar LKSA ke Seksyen 25.
Hampir Menitis Air Mata
Along! along! Satu suara memekik memanggil saya. Allahuakbar, rupanya adik ipar Adib Razali sudah tunggu di situ. Dengan payung dan juga power bank. Ya Allah rasa nak menitis air mata. Kasihan dekat mereka yang pulang dari melaka dan berjam-jam menunggu kami untuk keluar. Masing-masing menunjukkan rasa lega, ada senyuman terukir di wajah si kecil. Alhamdulillah…
Sesampai di kereta, kami disambut oleh ahli keluarga yang lain. Air mata menyambut kami, memikirkan nasib kami dan bersyukur diselamatkan. Rumah ibu juga ditenggelami air. Kebetulan ibu keluar bersama adik ke Melaka. Tinggal ayah dan anak lelaki saya di rumah ibu. Adik lelaki yang satu lagi dalam perjalanan ketika ini.
Adik ipar akan hantar wife, ibu, adik and anak kecil ke kereta adik lelaki dulu. Bertemu di stesen minyak kesas. Kemudian patah balik untuk yang lain. Ketika tunggu giliran, saya nampak banyak bomba dan bot-bot lain sudah sampai.
Bomba datang dari Kuala Kubu Baru dan Johor. Saya share info-info yang mana ada dengan mereka. Harapan agar yang lain juga dapat diselamatkan. Saya dengar ada juga yang jadi korban banjir, innalillah… Moga dipermudahkan urusan SAR.
Akhirnya, kami semua berjaya diselamatkan. Alhamdulillah segala pujian buat ALLAH. Kami menumpang dirumah adik dulu sementara tunggu air surut.

Terima Kasih Atas Bantuan
Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang hulurkan bantuan doa, bertanya khabar, contact-contact untuk rescue, yang hantar makanan, bantuan bot Abang Sab, yang nak tumpangkan rumah, team-team NGO, ATM, BOMBA dan semua yang terlibat, Terima kasih tak terhingga dari kami. Semoga Allah balas semua jasa anda dengan kebaikkan dan rahmat dari-NYA. Semoga Allah limpah kurniakan anda semua dengan rezeki dan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Amin Rabbal alamin….
Buat mangsa-mangsa yang seangkatan, semoga diberi kekuatan mengharungi musibah ini. Allah uji sebab Allah sayang, dan juga memberi sedikit peringatan buat kita.
Jangan pernah berhenti berharap dan doa pada-Nya. Insyallah kita mampu harunginya. Akhir kata dari saya, jaga diri, perhatikan sekeliling yang perlukan bantuan dan maklumkan pada petugas-petugas lain. Kita jaga kita.
Sekian. Terima kasih.
#banjirshahalam #banjirselangor #alhamdulillahsyukur
Mingguan Wanita : Pengalaman ini dapat dijadikan panduan buat mereka yang berdepan dengan musibah ini. Semoga semua mangsa banjir yang terjejas dipermudahkan urusan dan tabah dengan ujian ini.
Sumber : Baharin Abd Hamid
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI