Tempe mempunyai banyak khasiatnya, jadi tidak hairanlah ramai yang sukakannya. Tempe goreng cicah dengan sambal kicap pun dah mampu untuk membuka selera. Namun walaupun sekadar tempe goreng, ada caranya untuk pastikan ia garing di luar dan lembut macam kacang rebus di dalam. Bukan apa, ada kalanya bila kita goreng tempe dan ia terlalu garing, tempe tersebut jadi keras.
Boleh ikut tip mudah goreng tempe seperti yang dikongsikan oleh Puan Norizam Salinaini.
Siapa peminat tempe!
Tip Goreng tempe dalam lembut.
Kalau tempe nak sedap. Goreng tak nak keras.
Cara-Caranya:
1.Rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia.
2.Rendam 30 minit atau 1 jam boleh je.
Ads
3.Nanti goreng macam biasa. Dalam dia lembut, sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
Mingguan Wanita: Boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan rendam dulu tempe sebelum goreng, barulah luarnya garing dan dalamnya pula lembut macam kacang rebus!
Ada tip mudah dan tak keluarkan kos pun jika gunting yang dah tumpul nak kembali tajam semula. Hanya guna botol kaca yang ada dekat rumah tu. Tak perlu guna alat pengasah atau cara lain. Ikut trik ni mesti gunting jadi tajam semula. Bukan apa payah nak buat kerja dapur bila guna gunting tumpul ni.Kerja jadi lambat.
Boleh ikut tip mudah seperti yang dikongsikan olehUme Azharini.
Bahan Diperlukan:
Gunting
Botol kaca (contohnya botol kicap)
Cara Membuat:
1. Asah gunting pada botol kaca tersebut selama 1 hingga 2 minit. Siap!
Mingguan Wanita:Ada gunting tumpul dekat rumah tu, boleh cuba tip yang dikongsikan ni. Memang mudah dan menjadi! Asah dengan botol kaca je, gunting kembali tajam.
Seronoknya bila mak-mak yang suka bercucuk tanam melihat pokok hidup subur dan membesar. Lebih-lebih lagi, kalau suburkan tanaman tanpa baja. Macam mana pula tu?
Rupanya, ada cara yang boleh bantu mak-mak yang suka menanam di rumah tanpa baja, hanya guna bahan organik saja. Ini pun sudah cukup untuk membantu gemukkan tanaman.
Inilah antara yang dikongsikan oleh Yna White, cara dia suburkan tanaman tanpa baja dan menggunakan semburan serangga organik saja. Boleh ikut cara dia. Mesti geram bila melihat hasil tanaman yang gemuk dan subur.
Awal pagi di kebun dan alhamdulillah melihat pokok-pokok subur menghijau.
Ada cara nak suburkan tanaman tanpa baja kimia. Ini saya kongsikan.
Bukan Baja Kimia
Sejujurnya saya tak pakai apa-apa baja kimia, hanya gunakan tanah hitam sawit original tanpa campuran. Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat. Jadi saya tambahkan pasir untuk bagi tanah tu tak padat dan peroi. Akar pun boleh bekerja dengan baik. Tanah hitam ni dah berbaja, sekali sekala saya siramkan pokok-pokok ini dengan air basuhan beras, air nasi basi, basuhan ikan atau ayam.
Ramuan Pati Untuk Semburan
Racun serangga saya DIY sendiri saja. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Antara ramuan pati yang saya gunakan ialah:
Guna 3 bahan sahaja. 1 botol mineral besar air nasi basi
(Ramas-ramaskan nasi basi tu dengan air, lagi pekat lagi bagus) + 1 labu bawang putih (tak perlu kupas) + 1 paket kecil ajinomoto
Blenderkan semua, tapis dan simpan dalam botol mineral. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam peti ais.
Buia nak guna, masukkan sedikit pati dalam botol spray + air paip. Gincangkan, sentiasa spray pada-pokok.
Tip:
Selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
Waktu yang sesuai untuk spray racun serangga organik ini lepas siram waktu pagi.
Jangan spray dahulu sebelum siram pokok dan jangan lupa siram 2x sehari.
Sentiasa trim buang daun-daun yang tidak sihat dan sakit.
Inilah hasil tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia..
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Pernah dengar tak nama rumput degil? Mungkin namanya kita tak tahu sebab semua rumput sama saja pada pandangan mata kita.
Biasa rumput yang ada di laman rumah atau di kampung-kampung memang cepat tumbuh. Nak tak nak kena mesin atau cabut. Mana rumput ‘degil’ yang cepat tumbuh dan susah nak dicabut akan dibiarkan.
Selalunya bila kita berada di kampung, dengan halaman rumah yang luas tentulah rumput-rumput ini menjadi hiasan pada tanah. Nak-nak waktu pagi, embun melekat pada rumput ini. Indah dan tenangnya lahai….
Walaupun dipanggil rumput degil dan banyak lagi nama lain, rupanya ia bermanfaat dan berkhasiat yang kita sendiri tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh MiraQistina dalam facebooknya.
Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING, biasanya ia terdapat di kampung-kampung.
DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA.
Saya nak kongsi sedikit salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata.
Sebab apa?
Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang, nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi.
Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur di mana sahaja tanah yang selalu kita pijak.
Inilah Pokok Rumput Sambau atau Rumput Degil, da juga dipanggil Rumput Liat atau Rumput Kucing dan entah apa lagi nama orang panggil.
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, pasu, tepi jalan dan dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang dua minggu Insya Allah dia tumbuh balik.
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai, betul tak?
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.
AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.
1. Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar ke depan tu boleh lah amal ya.
2. Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insya allah.
3. Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak. Bagi je anak minum.
4. Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati..
5. Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dah berpeluh, sila amal dengan rela.. Insya Allah.
DAUN
1. Pernah tengok kucing makan daun rumput, inilah antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup.
2. Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak-anak yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu.
Ini khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
1. Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
2. Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap rasa air kencing terkeluar, boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
3. Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.
4. Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tunggu kan? Boleh amalkannya.
5. Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.
6. Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sediakan dengan segelas air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
7. Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan ke dalam mulut. Insya allah..
8. Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya. Insya Allah dengan berkat amalan akan sembuh.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga tersebar, Insya Allah
Mingguan Wanita : Kita hanya berusaha dan setiap ciptaanNya ini ada manfaat yang sendiri.
Sumber: MiraQistina Mira
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan