Pertengahan Februari lalu, sekumpulan pemancing tak sedar kehadiran kepala air dan menjadi mangsa lemas kepala air di Sungai Gasi, Sungai Buloh. Kejadian membabitkan kepala air ini bukan yang pertama di negara ini.
Kalau layari Internet memang ramai dah jadi mangsa. Malah ada beberapa tempat yang dilarang jejak kerana kejadian-kejadian kepala air yang membimbangkan boleh terjadi di situ.
Seperti yang dilaporkan Berita Harian Oktober tahun lalu, antara lokasi berbahaya termasuklah Lubuk Semilang, Kedah. Temurung, Telaga Tujuh dan Durian Perangin, Langkawi. Titi Hayun dan Batu Hampar di Yan, Kedah.
Bukit Wang, Jitra, Sungai Kilim, Sungai Sedim dan Lata Junjung Kulim, Tupah di Bedong, Batu Pahat di merbok dan Puncak Janing di Padang Terap.
Menerusi perkongsian pemancing sungai pergunungan, Iznan Saad, 41 yang aktif dengan aktiviti masuk hutan, meredah belantara dan perkhemahan sejak 5 tahun yang lalu, ada cara sebenarnya nak elak jadi mangsa Kepala Air.
“Saya biasa main trecking di kawasan sungai pergunungan. Hiking ni hobi sampingan. Ada dua ke tiga kali berdepan situasi kepala air. Alhamdulillah kami dah ambil langkah berjaga-jaga. Buat tapak kehmah jauh dari tebing sungai. Dan perhatikan juga keadaan paras air.”
Beliau berpengalaman dan menawarkan perkhidmatan profesional untuk perkhemahan, trekking dan memancing di hutan hujan Royal Belum.
Antara lokasi yang melibatkan aktiviti melintas sungai dan berkhemah di tepi sungai yang pernah dijelajahinya adalah Kuala Koh, Kelantan dan Royal Belum Grik Perak.
Kepala air atau sumber sungai ini berpunca dari aliran air dalam kuantiti yang besar. Ia mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Sebab itulah, menurut Iznan, baik pemancing atau anda yang mahu berkhemah di tepian sungai kena tahu tanda-tanda awal berlakunya KEPALA AIR.
“Saya share sedikit info yang mungkin sedikit sebanyak membantu kita untuk mengenal tanda-tanda awal sebelum kejadian kepala air terutamanya di kawasan air terjun.”
Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu dan Kota Tinggi.
Perubahan arus sungai dan keadaan air sungai itu kena perhatikan juga. Kalau ada tanda-tanda gelap di kawasan hulu.
Tanda gelap itu macam nak hujan. Contohnya kita dekat Bangsar, tapi langit dekat Puchong dah gelap. Takut dekat Puchong dah hujan bangsasr tak lagi, cerah elok (ini analogi mudahnya)
Keperihatinan terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air, juga perlu kita tahu. Walaupun di tempat kita mandi tak hujan tapi di hulu sungai dah gelap dengan bunyi guruh berdentum itu pun kita perlu tahu.
Kerana bila terjadinya kepala air ini kita hanya ada lebih kurang 10 – 15 minit saja nak menyelamatkan diri itu pun bergantung kepada saiz sungai. Bahaya aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak.
Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya. Oleh itu pengetahuan tentang fenomena ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengurangkan kemalangan dan kematian akibat daripada kepala air ini.
Beringat sebelum terkena.
Sumber/Foto : Iznan Saad