Minuman pelbagai perisa dicampur dengan pearl bubble gula perang menjadi viral dan trend akhir-akhir ini. Ramai yang tidak ketinggalan mencuba minuman yang berasal dari negara Taiwan ini. Namun demikian, jika dibeli harganya memang agak mahal secawan dan bubble pearlnya agak sikit, tak puas bila makan. Selain itu, status ‘halal’ nya juga diragui.

Buat mak-mak yang nak rasa minuman bubble pearl ini, sebenarnya boleh buat sendiri di rumah. Cukup mudah dengan cara yang ekspress, leboh jimat malah diyakini halal serta terjamin kebersihannya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Dyla Mahdaly ini sebagai rujukan.

Berikut perkongsian tersebut;

“Pearl bubble cara saya.Senang.”

Bahan-Bahan:

Big tapioca pearl
Pewarna merah
Serbuk koko
Brown sugar
Air secukupnya

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!

Ads

Cara Membuat:

1. Letak pewarna merah pada tapioca pearl.

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!2. Kemudian letakkan serbuk koko.

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!3. Masukkan pula gula perang ikut tahap kemanisan dan kacau sebati.

Ads

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!4. Selepas itu, masukkan pulak air. Pastikan air kena lebih air dari bubble pearl ni.
5. Kemudian, kacau dan masakkan atas api sederhana.Pastikan sentiasa kacau.. Kalau tidak ia melekat pada periuk.Masak ni agak ambil masa lama sikit sampai dia kenyal.

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!6.Bila dah masak/kenyal tapis bubble pearl ini.
7.Bolehlah hidang dengan pelbagai air. Aritu nampak ais susu kurma jadi bila dicampurkan kena dengan citerasa tekak.

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!

Ads

Siap! Selamat Mencuba!

Cara Ekspress Buat Sendiri Pearl Bubble Viral Home Made!

Info Ekstra!

  • Beli big tapioca pearl ni.Amik yang besar.Kalau kecik boleh buat kuih sagu mata ikan.
  • Kalau nak gelap letak pewarna hitam.Tapi sebab tak de saya campur koko powder dengan pewarna merah.

MW: Mudah buat pearl bubble cara ini.Lebih jimat, puas hati makan dan dijamin tahap kebersihannya.

Sumber: Dyla Mahdaly

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI