Kalau mak-mak berhasrat nak buat lemang, tak perlu susah-susah lagi nak cari batang buluh dan jaga api ketika bakar lemang nanti. Bukan apa, bila bakar lemang, kalau tak pandai jaga api, silap-silap pulutnya boleh mentah atau hangus terbakar.
Mak-mak boleh cuba cara kreatif buat lemang ekspress menggunakan tin minuman aluminium dan hanya perlu dibakar dalam oven. Cara ini cukup mudah, sesuai buat mak-mak yang tinggal dibandar serat susah nak mendapatkan batang buluh dan tempat untuk membakar lemang.
Berikut perkongsian resipi ‘Lemang Alu’ yang dikongsikan oleh Puan Nor Shafidah Mohamad sebagai rujukan;
3 Kilo Beras Pulut
2 Kilo santan
Garam secukup rasa
tin minuman
Daun Pisang
Air secukupnya
1.Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air.
2.Tambah garam secukup rasa dan biar pulut terendam dalam setengah jam.
3.Bersihkan daun pisang dan masukkan dalam tin minuman yang telah dibersihkan.
4.Seterusnya masukkan pulut dalam tin sampai paras yang dikehendaki.
6.Selepas itu bakar dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 180c.
Siap!
1 kilogram pulut menggunakan 9 tin.
Potong sahaja tin untuk keluarkan lemang.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba!
Sumber:Nor Shafidah Mohamad