Cara Dr Sheikh Muszaphar Mula Latih Anak Berpuasa Umur 5 Tahun!

Share

Selain mengajar anak solat, bulan ramadan juga sangat baik untuk melatih anak-anak berpuasa.Meskipun tidak cukup 30 hari sebulan, sekurang-kurangnya perlu didiklah anak berpuasa sebagai pengenalan kepada kewajipan Rukun Islam ketiga ini.

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 46 dan Datin Dr. Halina Mohd Yunos, 39 mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan Sophea Isabella, 8 dan Sophea Natasha,6 serta sepasang kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 2 tahun. Pasangan ini ada cara tersendiri dalam melatih dan mendidik anak-anaknya berpuasa seawal usia 5 tahun.

Menerusi salah satu posting angkasawan negara ini di Instagram, beliau menjelaskan, anak-anaknya telah diajar dan dilatih untuk berpuasa seawal usia 5 tahun.Walaupun tak cukup 30 hari berpuasa, tapi anak-anaknya sungguh bersemangat dan mencuba untuk berpuasa.

“How early for a child to start fasting …. ?
We started our girls at the age of 5 years old . It may not be full 30 days but back then they truly tried.”

Dr Sheikh Muszaphar ada kongsikan 5 Tip untuk memudahkan anak-anaknya berpuasa.

1. Beri Galakan

Mungkin ramai mak ayah yang merasakan anak-anak terlalu muda tapi jangan sesekali pandang rendah pada semangat dan keazaman mereka untuk berpuasa.

Mak ayah boleh berikan mereka galakan dengan memberitahu mengapa muslim perlu berpuasa, terangkan kelebihan ramadan dan sebagainya. Jangan lupa puji bila anak-anak berjaya berpuasa walaupun hanya satu hari. Anak-anak mudah faham bila kita memberitahu mereka dalam bentuk cerita. Ia membuatkan mereka mahu menjadi seperti orang dewasa untuk membuktikannya.

2. Buat Mereka ‘Terganggu’

Kadangkala sewaktu lewat petang, anak-anak rasa dah tak mampu bertahan dan hendak berbuka awal. Kebanyakan mak-mak biasanya akan berikan mereka minum sebab tak sampai hati, termasuklah Dr Harlina. Sebaiknya, elakkan. Ajak mereka melakukan sesuatu aktiviti yang boleh lupakan hasrat untuk berbuka. Contohnya bawa ke taman, shopping mall, wrestling game dan sebagainya.

3. Teruskan Jadual Seharian

Anak-anak perempuan saya biasanya tetap melalui jadual yang sibuk semasa bulan ramadan. Dari SJKC, ke sekolah agama, Kumon, TaeKwanDo, Gimnastik, Debate & Public Speaking dan sebagainya. Jadual yang sibuk membuatkan masa cepat berlalu tanpa sedar.

4. Ambil Makanan Tinggi Tenaga sewaktu Sahur

Makan tinggi karbohidrat adalah sangat digalakkan untuk membuatkan anak-anak kenyang sepanjang hari. Anak-anak perempuan saya ambil bijirin oat dan roti sewaktu sahur. Kurma juga bagus. Nasi akan membuatkan rasa mengantuk dan susah nak bangun untuk ke sekolah nanti.

Pastikan anak tidur awal pukul 10 malam selepas terawih dan kejutkan mereka pukul 5 pagi untuk bersahur. Beri mereka tidur sebentar selepas sahur, dan kejutkan pada 6.15 pagi untuk Solat Subuh serta bersiap untuk pergi ke sekolah.

5 . Kekal Hidrasi

Anak perlu minum banyak air kosong untuk kekal hidrasi. Elakkan minuman manis sepanjang masa. Mungkin boleh hadkan minum minuman manis hanya ketika berbuka.

Pada usia 5 tahun, adalah masa yang baik untuk mengajar anak untuk mula berpuasa walaupun hanya setengah hari. Jangan terlalu cepat ‘mengalah’ beri mereka air untuk berbuka awal. Sebolehnya cuba untuk bertahan, dan ajar mereka mengenai sabar. Ramadan itu sendiri mengenai kesabaran.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah nak melatih anak-anak berpuasa di awal usia boleh ikut tips yang dikongsikan ini. Namun demikian dalam mendidik anak untuk berpuasa, jangan sesekali lupa mengajak anak mendirikan solat juga di awal usia.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Published by
Suhaidah Abd Wahab