Cara Daftar Touch ’n Go RFID, Sebelum Tutup Baik Isi Borang Online Ni Cepat

Share

Katanya pendaftaran Touch ’n Go RFID dah dibuka semula. Perkongsian dari Akhtar Syamir ini menjelaskan tatacara pendaftaran secara online. Kena cepat sebelum ditutup semula.

Mak ayah boleh klik ke laman web ini : http://www.touchngo.com.my/

RFID ni bakal menjadi cara pembayaran tol utama menggantikan Smart TAG. Tak perlu lagi nak tukar bateri tag, nak topup Touch N Go pun dari henset je.”

Sebelum ni ramai yang tak sempat nak register, sekarang diorang dah bukak semula. Tunggu apa lagi? Siapa cepat dia dapat. FREE je buat masa nie.”

 

Pelekat RFID (rujuk anak panah)

Ini Penjelasan Mengenai RFID Dan Fungsinya

Touch ‘n Go memperkenalkan RFID sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik baharu yang menggunakan pelekat sebagai salah satu cara untuk bayaran tol.

Pelekat RFID juga dipanggil sebagai tag RFID yang mengandungi cip frekuensi radio dan ditampal pada cermin hadapan atau lampu depan kenderaan. Ianya hanya boleh didaftar dan dipasang pada satu kenderaan sahaja dan tidak boleh dipindah milik.

Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag RFID, dimana tambang tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda.

 

Aplikasi Touch 'n Go eWallet

Adakah Saya Perlu Ada Telefon Pintar Untuk Gunakan RFID

Ya. Untuk menggunakan RFID, anda perlu memuat-turun Touch ‘n Go eWallet, iaitu aplikasi mudah-alih dalam telefon pintar anda. Pembayaran tol akan ditolak daripada akaun Touch ‘n Go eWallet anda. Oleh itu, pengguna perlu memiliki telefon pintar untuk menggunakan RFID.

Berapa Harga RFID

Semasa Program Percubaan RFID, bayaran fi tag RFID dikecualikan. Namun, anda perlu menambah nilai Touch ‘n Go eWallet anda untuk membuat pembayaran tol seperti biasa.

 

Maksud Program Percubaan RFID Untuk Orang Awam

Program Percubaan RFID untuk orang awam adalah fasa percubaan RFID yang dibuka kepada orang awam yang berminat untuk membolehkan Touch ‘n Go mencuba dan memperbaiki pelaksanaan RFID berdasarkan penggunaan sebenar dan maklumbalas daripada pengguna awal.

Untuk lebih maklumat, sila ke https://rfid.touchngo.com.my/html/faq.aspx

Jika pihak Touch ‘n Go dah email, sila lihat lokasi untuk pasang RFID tu di sini : https://rfid.touchngo.com.my/html/fitment_centre.aspx

SHARE maklumat berguna nie supaya ramai orang boleh pakai RFID dengan PERCUMA.

Follow Sini Pendaftaran Touch ‘n Go RFID Cara Online

 

 

Step 1, klik dekat anak panah tu.

 

Isi maklumat yang dikehendaki dan klik ‘submit’.

 

Okay, selesai.

 

Senarai Laluan Tol Dengan Fungsi Touch ‘n Go RFID

 

Mak ayah yang lalu sini, memang disarankan daftar cepat. Jangan tangguh, sebab bila dah tutup rugi nanti.

 

Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

Published by
Netty Ah Hiyer