Selain menggunakan ubat-ubatan di farmasi, sebenarnya mak-mak juga boleh cuba petua semulajadi untuk rawat batuk dengan menggunakan buah nenas.Yang pastinya ia lebih selamat,tanpa bahan pengawet, sedap malah murah! Menurut perkongsian Puan Norashikin Bt Hasan, ubat batuk semulajadi ini juga sesuai diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan keatas.
“Sesiapa yang kurang yakin dengan ubat semulajadi, boleh je makan ubat dari klinik, yang penting dapatkan nasihat doktor dulu. Saya memilih yang alami. Ubat ini sesuai untuk bayi umur 6 bulan ke atas atau yang sudah mula makan solid food.
“Namun ia bergantung pada individu juga. Ada yang lekas sembuh, ada yang memerlukan masa. Macam makan ubat-ubat lain juga lah kan. Ok, Selamat Mencuba! Dalam makanan ada ubat dalam ubat tiada makanan.”
Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-man jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara.
1.Buang kulit nenas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.
2.Potong kiub, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. Saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dengan madu.Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bahagian tengah dan campur sekali dalam blender.
3.Blend sampai halus. Tapis.
4.Ini hampas nenas setelah ditapis.
5.Ini hasilnya.
6. Tapis lagi dengan penapis yang lebih halus. Buih-buih jus nenas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.
Ada 2 jenis penapis saya guna.
7. Masukkan dalam botol yang kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye. Botol jem saya bebas karat. Alhamdulillah.
Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah macam dalam gambar (3ml). Untuk kanak-kanak boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nak makan nenas buat gigit cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap. Si adik suka si abg pun suka.
Yang ini si abang tolong suapkan pada adiknya. Umi nak ambil gambo. Huhu. Ammar beri Husna makan ubat batuk semulajadi. Jus nenas + madu. Alhamdulillah Husna dan Ammar pulih dari batuk selepas 3 hari berturut2 minum ubat semulajadi ini.
Cara penggunaan, ambil pagi, petang dan malam selepas makan atau sebelum makan. Jangan lupa ya, madu juga baik untuk kesihatan usus, ia kaya dengan vitamin C, malah ia juga adalah antibiotik terbaik untuk tubuh.
Selamat Mencuba!
Sumber: Norashikin Bt Hasan