
Isi Kandungan
ToggleKhas buat peminat telur masin, jika selalu hanya beli telur masin, kali ni cuba buat sendiri secara homemade, tapi guna telur ayam pula.Dengan bajet kurang daripada RM10 boleh dapat 30 biji! Sangatlah menjimatkan dan berbaloi-baloi.
Berikut perkongsian resipi telur masin ini oleh Are Peace sebagai panduan;
“Setelah 2 minggu rendam dengan air garam.Guna telur ayam je.Zaman sekarang ni semua kena jimat.Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg RM0.80.Total rm10+ je, dapat 30 biji telur masin.”
Bahan-Bahan:
30 biji Telur Ayam
1kg garam kasar
Air secukupnya (agak-agak telur tu tenggelam)
Cara Membuat:
1.Masukan garam kasar dan air dalam periuk.
2.Masak atas api sehingga garam larut.
3.Sejukan dulu baru masukkan telur.
4.Rendam ditempat yang gelap selama 14 hari.
5.Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa.Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan baru rebus.
Tip Ekstra!
Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren, masa peram pastikan simpan ditempat yang gelap.Lagi gelap lagi bagus.Saya simpan dalam kabinet dapur.
Selamat Mencuba!
Sumber : Are Peace via MAHN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berapa Banyak Gaji Pun Susah Cukupkan, Kalau Harga Barang NAIK Setiap Bulan

Isi Kandungan
ToggleAda betulnya kata-kata ini, ‘berapa banyak gaji pun susah nak cukup, kalau harga barang naik setiap bulan.” Bak kata mak-mak sampai dah tak tahu nak berjimat cara mana lagi.
Macam-macam tip kewangan dah cuba diaplikasikan demi untuk mencukupkan perbelanjaan.
Apa yang dirasai Firdaus Shakirin ini turut dirasai orang lain sebenarnya. Sekarang ini, memasak untuk lauk tengahari pun terpaksa dijimatkan untuk dimakan pada sebelah malam.
Perbelanjaan membeli barang basah untuk sebulan saja mencecah RM1000.
Belum masuk lagi belanja anak sekolah, tiba-tiba ada kecemasan anak sakit dah kena keluar belanja lain pula di situ. Sungguh perbelanjaan bulanan sekarang begitu menduga kehidupan.
Hadamkan kisah beliau ini.
Harga Barang Naik Setiap Bulan
“Kalau anak makan lauk tak habis, tinggal untuk abang”
Saya cakap kat wife, suruh wife simpan lauk lebih tengahari untuk saya makan malam. Nanti balik kerja, saya makan, takyah masak dah… jimat sikit sebab,
RM100 sekarang, dapat la ayam, ikan dengan sayur untuk makan 3, 4 hari.
Pastu kena beli pulak, RM100 lagi… udang dengan sotong, tak berani pegang terus dah, sekilo RM35-RM40.. fokus ayam dengan ikan ja untuk barang mentah.
Baca sini : Ramai Gusar Harga Ayam, Minyak Masak Naik Julai Ini, Kerajaan Tak Mampu Tanggung RM20 Juta Subsidi
Sebulan Hampir RM1000 Dibelanjakan
Daging hanya beli bila dapat gaji, itupun daging frozen, sekilo RM18.
Sebulan, hampir RM1000 dibelanjakan hanya untuk beli barang basah… barang kering tambah plak dalam RM300-RM500 lagi.
Berapa banyak gaji pun susah nak cukup kalau harga barang tu setiap bulan NAIK.
Makin terasa sangat sekarang ni, bajet dan poket makin nipis dah.
Baca sini : Keluarga Besar Belanja Dapur Boleh Mencecah RM1000 Untuk 2 Minggu
Mingguan Wanita : Terbaru, bermula Julai nanti subsidi minyak masak tulen botol untuk 2 hingga 5kg dimansuhkan. kecuali minyak masak peket 1kg yang masih ada subsidinya.
Itupun nak mendapatkannya bukan mudah dan terhad.
Tak boleh bayangkan akan datang, sebab kenaikan harga minyak akan mempengaruhi harga bermacam lagi produk jualan berasaskan makanan.
Sumber/Foto : Firdaus Syakirin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Dah Jodoh..18 Tahun Hubungan Terputus, Pasangan Selebriti ‘Bennifer’ Akhirnya Berkahwin

Urusan jodoh sukar untuk diperkatakan. Siapa sangka 18 tahun hubungan terputus dan telah membawa haluan masing-masing, namun ketentuan takdir menjodohkan mereka kembali.
Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck atau lebih dikenali ‘Bennifer’ dikalangan peminat mereka dilaporkan telah berkahwin di Las Vegas, Sabtu lalu, 18 tahun selepas hubungan mereka terputus.
Menurut dokumen mahkamah, ia berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, yang dilihat oleh AFP.
Berkenalan Sejak 2002
Pasangan itu berkenalan pada sesi penggambaran filem Gigli pada 2002.Hubungan mereka kemudian mendapat liputan meluas media, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003.
Kedua-duanya kemudian mengumumkan berpisah pada awal 2004.
Pasangan yang digelar sebagai Bennifer kembali hangat diperkatakan tahun lalu apabila gambar mereka dilihat bersama, tersebar.
Lopez, 52, dan Affleck, 49, mengumumkan pertunangan pada April lalu.
Ini adalah perkahwinan keempat untuk Lopez dan kedua untuk Affleck.
Lopez sebelum ini berkahwin dengan pelakon, Ojani Noa; penari, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka mempunyai anak kembar Max dan Emme, 14.
Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga anak iaitu, Violet, 16, Seraphina, 13, and Samuel, 10.
Mesti Baca:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Jangan GELOJOH Dalam Mencari Jodoh, Nanti Menyesal & Kecewa Sepanjang Masa
Mingguan Wanita: Siapa sangka, 18 tahun hubungan terputus, namun kalau dah jodoh memang tak ke mana. Cinta pertama memang sukar dilupakan. Selamat Pengantin baru buat pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck.
Sumber: Hmetro
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Macam Orang Tua, Dua Kali Hadap Alahan Yang Sama.’ Besarnya Pengorbanan Seorang Ibu

Isi Kandungan
Toggle‘Macam orang tua, dua kali hadap alahan yang sama.’ Besarnya pengorbanan seorang ibu apabila terpaksa melalui proses alahan apabila disahkan hamil.
Alahan bukan setakat rasa mual, muntah dan pening kepala, ada yang lebih teruk adalah berlaku perubahan pada wajah yang disangka-sangka seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini.
Macam Orang Tua
“Sepanjang tempoh kehamilan, saya lebih banyak duduk di rumah berbanding keluar kerana malu berjumpa dengan orang disebabkan alahan pada wajah,” kata Nur Husna Atirah Rosli.
@una.atirahSimpan Sebagai Pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2X mengandung hadap muka sebegini. Takyah tunggu Tua HAHAHA 😆🤣♬ original sound – Alycha
Nur Husna Atirah, 25, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman dan kisah di sebaliknya perubahan wajahnya ketika hamil seperti yang dikongsikan di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Dua Kali Hadap
Perkongsian Nur Husna Atirah yang menetap di Kampung Tawai, Gerik, Perak, mendapat pelbagai reaksi dengan rata-ratanya memahami kerana pernah melalui pengalaman sama selain menyifatkannya sebagai salah satu pengorbanan besar seorang ibu.
Bercerita lanjut, Nur Husna Atirah menjelaskan perubahan wajahnya itu adalah disebabkan alahan dan dia sedar ketika bulan ketiga hamil anak kedua, Shariq Eshan yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.

Alahan Yang Sama
“Pada awalnya, muka saya elok saja namun masuk bulan ketiga jadi membengkak dan perubahan sangat ketara termasuk pada bahagian hidung.
“Ia berpunca akibat alahan dan sebenarnya, itu bukan kali pertama kerana saya pernah ada pengalaman sama ketika hamil anak sulung (Muhammad Syauqi Raid, tiga tahun).
“Saya ikhlas lalui alahan untuk anak kerana yang lebih utama adalah kesihatannya dalam kandungan saya,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Perempuan Mengandung Alahan Ini Jiwanya Sensitif, Bukan Sebab Mengada.. Itu Pembawaan
‘Tidur Dalam Tandas, Pengsan Di Istanbul..’ Teruk Alahan Ardell Sepanjang Hamil
Hamil Kedua Alahan Lebih Lama, Scha Tak Kisah Anak Lelaki Atau Perempuan
Alahan Waktu Pagi, Ernie Zakri Hamil 4 Bulan, Syamel Mohon Doakan Isteri & Zuriat Sihat
Besarnya Pengorbanan
Menurutnya, perubahan pada wajah menyebabkan ada rakan tidak mengenalinya ketika di luar sehingga dia datang menegur mereka.
“Penerimaan keluarga saya dan keluarga sebelah suami pula baik, mereka tiada masalah, syukur Alhamdulillah.
“Mungkin sebab itu (penerimaan keluarga) dan sokongan suami (Mohamad Shahrudin Mohamad Bekri, 28,) saya jadi kuat.
“Sebulan juga wajah saya membengkak selepas bersalin dan kembali normal apabila hampir habis pantang,” katanya.

Seorang Ibu
Tambah Nur Husna Atirah lagi, tujuannya muat naik video di TikTok bukan untuk tular tetapi sekadar berkongsi pengalaman ketika hamil.
“Tak sangka pula ia akan raih perhatian dan dapat maklum balas sebegitu rupa.
“Diharap, video itu memberi mesej kepada golongan suami supaya tahu menghargai dan beri perhatian lebih supaya isteri jadi kuat serta tidak patah semangat,” katanya yang kini mencari rezeki dengan menjual ayam goreng keju di tapak Sogo.
Ramai Yang Lalui Alahan Sama
Ternyata ramai juga mak-mak yang berdepan dengan alahan yang sama dan turut berkongsi masalah yang sama. Harapnya wanita di luar sana yang sedang hamil terus kuat menjalani tempoh alahan dan kehamilan.
Mingguan Wanita: Ajaibnya setelah ini selamat melahirkan anaknya, wajahnya kembali pulih seperti biasa. Benarlah segala yang berlaku adalah kerana atas kuasa Allah.
Sumber : myMetro, TikTok una.atirah
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI