Jika di rumah ada tanam pokok Rozel, rupanya kita boleh buat Teh Rozel sendiri. Mudah je. Simpan tempat kering boleh tahan lama sampai setahun. Bukan apa selalunya, buah rozel ni kita buat jus, jadikan jem, halwa dan sebagainya. Bila buat teh ia lebih mudah nak bancuh untuk diminum.
Untuk perkongsian bersama. Rozel ada banyak jenis. Setakat ni saya pernah tanam 6 jenis rozel. Rozel merah, rozel putih & rozel hijau. Setiap jenis ada rasa tersendiri.
Tanam sepokok pun dah banyak buahnya. Selain dibuat jus segar, jem & halwa, boleh juga dikeringkan untuk dibuat teh. Boleh simpan lama, mudah dibawa ke mana-mana & nak bancuh pun lebih senang.
Di sini saya letakkan gambar sahaja. Sesiapa yang nak tengok video bolehlah lihat di sini. Maaf jika ada kekurangan. Betulkan jika ada kesilapan.
Rozel yang biasa ditanam di kawasan kampung. Warna merah sedikit gelap. Tapi ini bukan rozel jumbo/ giant. Yang ni kecil sedikit dari rozel jumbo.
Rozel putih. Warna air macam dalam gambar tulah. Saya lebih suka rozel putih. Ada rasa tersendiri.
Rozel ni warnanya merah terang. Kalau di bawah cahaya matahari, sangat cantik warnanya, merah menyala. Tapi sebab kurang cahaya (waktu malam) jadi gelap pula warnanya . Boleh tengok gambar di bawah (dalam besen) untuk warna yang lebih jelas.
1. Mula-mula, cuci rozel dengan air paip + garam kasar untuk hilangkan kotoran yang ada. Kena cuci satu-satu sebab ulat bulu, semut & labah-labah suka bersarang dalam kelopak rozel ni.
2. Lepas dah cuci dengan air garam, bilas dengan air paip.
3. Kemudian toskan.
4. Saya guna oven pengering makanan. Lebih cepat. Kalau tak ada oven pengering boleh jemur di bawah cahaya matahari. Mesti Ada yang tertanya-tanya, oven biasa boleh guna ke? Saya pernah guna oven biasa tu. Hasilnya: Hangit! Walaupun dibakar dengan pintu sedikit terbuka. Entahlah, mungkin saya yang tak pandai guna.
Boleh beli Pengering Makanan di Sini
5. Set suhu maksimum 80°c. Tempoh Masa 4 @ 5 jam.
6. Bila dah kering macam nilah saiznya. Jauh berbeza.
7. Kemudian kisar guna balang pengering. Seeloknya lepas keluar dari oven terus kisar. Hasilnya akan lebih halus & cantik. Nak kisar pun senang sebab rozel tu masih garing. Sekali mesin je dah jadi. Kalau simpan dulu baru kisar, mungkin kena ulang mesin banyak kali.
8. Inilah hasilnya.
9. Siap! Uncang teh tu saya beli di Shopee. Boleh guna tali atau gam guna impulse sealer. Simpan di tempat kering, boleh tahan sampai setahun.
Boleh juga kisar guna Mind Food Chopper Set ini.
Malah nak lebih sedap boleh juga letak sedikit madu asli seperti Bees Talk Pure Honey Value Set ini di dalam teh tersebut.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
Terima kasih.
Baca Lagi Di Sini:
TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Mingguan Wanita: Menarik nya boleh buat Teh Rozel sendiri di rumah. Bukan sahaja sedap, malah mudah nak bancuh, dan boleh tahan lama sampai setahun.
Sumber: Dayah Hayad
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita