Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, mak-mak boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih bersih daripada beli yang ada di pasaran tak tahu status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.

Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Nooramin Munirah Asgnari ini sebagai rujukan.

“Tauhu lembut buat sendiri ( tauhu jepun),cuma guna 3 bahan sahaja”

Bahan-Bahan:

5 biji telur
2 sudu tepung jagung
150 ml air soya

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Cara Membuat:

1.Campur semua bahan, kisar secara perlahan.
2.Tapis dan masukkan dalam acuan untuk dikukus.

Ads

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya3.Kukus selama 25 minit dan sejukkan sebentar.
4.Keluarkan dari acuan setelah disejukkan.

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya5.Potong-potong dan celup dalam telur.

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya6.Goreng sehingga kekuningan.

Ads

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Siap!

Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah, Yakin Bersih Terjamin Halalnya

Ads

Tips Ekstra!
Salut dengan tepung dan cornflakes yang dihancurkan, sedap. Tapi salut telur lebih mudah dan baunyaa buat perut berkeroncong.

Selamat Mencuba!

MW: Mak-mak yang suka makan tauhu telur ni, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.

Sumber:Nooramin Munirah Asgnari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI