Buah lemon dan madu asli memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Perahan buah lemon yang kaya dengan vitamin C boleh dinikmati dengan campuran air suam, dicampur dalam teh atau boleh juga dicampur dengan sedikit madu untuk dijadikan ubat batuk semulajadi. Memang macam-macam kegunaannya. Lebih mudah jika kita buat sendiri stok pati lemon madu ini. Buat dalam kuantiti yang banyak, bila nak minum dah sedia ada.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Siti Hasnah AR sebagai rujukan.
Lemon madu buat stok, lagi lama simpan lagi sedap. Boleh makan dengan buahnya sekali. Rasa pahit? TIDAK sama sekali.
Yang ni betul-betul pati ya. Nak makan/minum kena tambah air!. Nak buat untuk ubat batuk pun boleh ataupun campur dalam teh, jadi teh lemon.
Bahan-Bahan Diperlukan:
6 Biji Lemon
Garam
1 senduk gula perang
300ml madu asli
secubit garam
Halia *optional
Cara Membuat:
1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit
2. Kemudian bilas, basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah taruk. Tapi halia bagus.
4. Masukkan pula gula perang, madu asli dan secubit garam. Jangan tambah air. 5. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup.
6. Dah sebati boleh lah masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya boleh guna.
Saya minum sehari sekali sebelum tidur untuk kurangkan kolestrol.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak buat pati lemon madu yang tak pahit, boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Bila dah buat stok mudah, boleh minum bila-bila masa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi mak-mak yang suka gunakan pokok ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Tak perlu guna biji benih pun, tetap pokok ketumbar boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”
“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar.
Sedikit Penerangan :
Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.
Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.
Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.
Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.
Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.
Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.
Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.
Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.
Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dh makin tua kot.
Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada org ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.
Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.
Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.
Ramai yang suka makan kerang rebus atau jadikan isi kerang sebagai rencah dalam masakan. Meskipun agak renyah untuk kopek isi kerang satu persatu, namun memang lebih berbaloi berbanding menggunakan kerang yang ‘frozen’. Bukan apa, kerang segar lebih manis dan ‘juicy’ isinya.
Ada caranya untuk dapatkan isi kerang yang cantik dan elok berkilat macam ni. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Zila Nur Aril sebagai rujukan;
Ada orang cakap buat apa susah payah nak guna kerang fresh? yang frozen ada, sama je kerang jugak.
Mungkin sama dari segi bentuk rupa tapi tidak pada rasanya ya. Kerang fresh ni dia manis dan juicy, yang frozen tu yang tahu je tahu.
Saya buat niaga kuey teow kerang hari-hari kupas sendiri.. nak bagi orang upah pun dah tak sanggup.
Tip nak dapatkan kerang cantik macam ni.
1. Rebuskan air bagi mendidih dulu baru masukkan kerang. Sekejap saja jangan biar sampai kerang terbuka sendiri.
2. Lepas tu jiruskan dengan air biasa atau air sejuk untuk hentikan proses memasak.
3. Terus kopek jangan masukkan dalam peti ais.
**Pastikan kerang hidup, jangan masukkan dalam peti ais sebelum direbus. Saya tak letak garam masa rebus sebab saya buat niaga kuey teow kerang. Kalau siapa yang nak buat kerang rebus je tu boleh letakkan garam ya.
Mingguan Wanita: Jadi nak dapatkan isi kerang cantik macam ni, ikut tip yang dikongsikan. Pastikan didihkan air dulu, barulah masukkan kerang dan rebus sekejap sahaja.
Makanan berlemak ni memang tak elok untuk kesihatan terutamanya lemak daging yang jelas dan begitu ketara dalam hidangan sup. Masa tengah panas agak susah nak tengok tapi bila sup sejuk barulah perasan lemaknya.
Biasanya lemak daging yang paling banyak. Nak-nak kalau masak sup atau pun bergoreng. Nampak sedap tapi kolesterolnya, faham-faham sajalah.
Ada cara nak buang lemak daging dalam sup. Mungkin ada antara kita yang masih tak tahu yang dulu hanya buang bila sup dah sejuk dan barulah nampak ketulan. Kali ini, boleh cuba cara Hani Mynis yang gunakan senduk sejuk.
Kali ini kita kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup tu. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ni.
1. Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
2. Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit dah memadai)
3. Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukannya panas-panas) secara membulat.
4. Buang hasil minyak yang membeku. Siap.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Baru tahu. Tapi ingat, jangan gelek senduk sejuk semasa sup masih panas. Tunggu sejuk sikit. Barulah nampak hasilnya.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...