Kalau masak sambal atau asam pedas, memang kena ada cili kisar. Boleh dikatakan kalau kat rumah mesti kena ada stok cili kisar sebab kebanyakan masakan memang menggunakannya.
Ada mak-mak nak mudah beli saja kat kedai cili kisar yang dah siap. Tapi rasanya mungkin berbeza kalau kita buat sensiri stok cili kisar. Cuma yang tak bestnya, kalau lama sangat simpan dalam peti, boleh naik kulat. Sayang terpaksa buang sebab tak berani nak guna.
Kali ini Roazura berkongsi petua nak bagi stok cili kisar tahan lama, katanya tahan 3 bulan. Paling penting, jangan derhaka tak letak garam, kena letak dan ada dua bahan lagi yang perlu dimasukkan supaya tahan lama.
Stok Cili Kisar, Letak Garam, Jangan Derhaka Resipi
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat
Saya kongsikan bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
Caranya:
1. Potong 2 cili kering dan rebus.
2. Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
Ads
3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili). Wajib letak garam, jangan derhaka resipi!
#Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan. Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Mingguan Wanita : Lepas ni mak-mak boleh buat untuk simpan stok kat rumah. Tapi rasanya tak perlu tiga bulan 2 minggu pun dah habis Kena buat baru.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Bubur kacang hijau, sedapnya bila makan sejuk-sejuk. Nak buat pun tak adalah susah sangat pun. Ada sesetengah mak-mak akan rendam dahulu kacang hijaunya sebelum dimasak, barulah lembut.
Waau bagaimanapun, bubur kacau hijau kalau dimasak tak kena cara boleh membuatkan kacangnya hancur dan tak seronok pula bila nak memakannya.
Ada macam-macam cara dan petua yang selalu mak-mak gunakan untuk buat bubur kacang hijau. Sesetengahnya letak daun pandan untuk naikkan bau yang semerbak.
Kali ini, perkongsian daripada No Or untuk sediakan bubur kacang hijau yang sedap dan wangi. Lagi satu, petua yang dia gunakan ini, tak perlu rendam pun, cukup dengan sangai kacang hijau itu terlebih dahulu.
“Bila petang-petang, mulalah fikir nak buat hidangan apa untuk minum petang. Perut pun minta diisi. Memandangkan baki kacang hijau masih ada, bolehlah dapat satu periuk bubur.
“Resipi yang digunakan ini istimewa dan mungkin lain dari yang lain. Tak kisah pun.
“Ada sesetengah otang akan rendam kacang hijau terlebih dahulu, selepas itu, barulah direbus. Bezanya, resipi ini kacang hijau digoreng tanpa minyak atau sangai dulu. Ini resipi dari arwah opah dulu.
BUBUR KACANG HIJAU SEDAP WANGI
Bahan:
2 cawan kacang hijau
1 ketul gula melaka / gula kabung
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
3 sudu besar sagu (pilihan) – basuh dan rendam
Santan – Guna santan kotak je 200 ml + 1 cawan air.
Secubit garam
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Pilih kacang, buang yang hitam atau rosak mungkin ada batu.
2. Basuh bersih dan toskan sekejap.
3. Goreng kacang tanpa minyak (sangai) sampai keluar bau wangi kacang.
4. Masukkkan 2-3 cawan air ke dalam periuk. Masukkan kacang yang dah di goreng tadi.
5. Kemudian, masukkan daun pandan. Rebus sampai kacang lembut.
6. Kemudian masukkan gula putih, gula merah dan gula melaka ke dalam periuk kacang tadi.
7. Kacau sampai semua gula cair dan larut.
8. Kemudian masukkan santan, sagu dan garam.
9. Masak hingga didih dan sagu elok masak. Kacau-kacau ye, jangan sampai santan pecah minyak pulak.
10. Bila dah siap, boleh lah hidangkan, kalau nak makan panas panas. Tapi ada juga yang suka makan bubur sejuk sejuk.
Selamat mencuba!
#DariDapur
Mingguan Wanita : Sedapnya. Ada juga yang suka masukkan isi durian. Terus diet ke laut ye!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Beberapa hari saja lagi, Aidilfitri bakal menjelang tiba. Bagi mak ayah, cuti sekolah yang sudah pun bermula memudahkan mereka mengatur cuti untuk pulang beraya. Bahkan ada yang sudah pun berada di kampung dengan mengambil cuti seminggu lebih awal, selaras dengan cuti persekolahan anak-anak.
Ada sebab tu. Apa lagi kalau tak sebab nak menggelakkan kesesakan lalu lintas bila semua orang berpusu-pusu balik kampung nanti. Saya turut merasai pengalaman pulang beraya dalam kesesakan bila tiba giliran beraya di sebelah keluarga saya di Terengganu.
Sebaik memasuki lebuh raya, sudah terasa bahang beraya. Silap percaturan, memang berdepan dengan kesesakan yang teruk. Pernah terpaksa berbuka berlapikkan tikar di tepi jalan di hentian rehat. Mana taknya, hentian rehat penuh sesak dan tempat duduk untuk makan pun dah penuh.
Nasib baik ‘stand by’ tikar, bolehlah piknik di tepi jalan. Seronok tau! Sebab itu, sangat penting untuk mengatur perjalanan.
Memandangkan saya tidak ada anak kecil, lagi mudah untuk saya, suami dan anak bujang untuk bertolak pada bila-bila masa yang kami mahu. Suami lebih suka bertolak sebelum subuh dan akan berhenti solat serta sahur di mana-mana perhentian atau stesen minyak.
Ketika itu biasanya jalan raya tidak begitu sesak. Tapi ikut nasib juga lah. Cuma tahun ini saya tak ‘merasa’ menempuh jem yang teruk kerana akan beraya di Selangor di sebelah suami.
Pelbagai Jenis Juadah
Hari raya seolah-olah tiada seri tanpa hidangan hari raya. Selain itu, sudah tentu kehadiran aneka jenis kuih raya mencuri tumpuan. Ada orang yang lebih suka biskut tradisi dan ada pula yang mengikut trend.
Tahun ini biskut bertemakan haiwan viral seperti biskut ulat bulu. Untuk saya? Tetap kuih tradisi seperti semperit dan biskut Arab. Terus terang, saya memang penggemar biskut raya. Kalau ke rumah saudara mara dan rakan taulan, meja kuih raya dahulu saya akan terjah, bukan meja hidangan utama.
Tapi saya tak suka yang berinti. Jadi tart takkan termasuk dalam senarai untuk saya cuba. Di rumah, saya tidaklah beli terlalu banyak kuih raya sebaliknya lebih gemar membeli aneka kerepek. Tapi biskut raya yang saya beli itu adalah yang saya suka. Jadi, saya yang akan habiskan di penghujung Syawal nanti jika masih berbaki. Suami dan anak?
Hmm..mereka tak pandang pun! Apa pun, dalam menyambut Ramadan nanti, berbelanjalah dengan bijak. Sampai selepas raya nanti ada yang tak cukup belanja. Duit raya pun beri sekadar mampu. Yang penting ikhlas dan kita ingin meraikan kanak-kanak yang datang beraya nanti. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Jangan lupa puasa sunat Syawal ye!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kalau bawa kereta dalam hujan mesti ada yang sampai tak nampak jalan. Jenuh guna wiper paling laju supaya air hujan tak melekat pada cermin kereta. Lagi sedih dengan wiper pula yang tak berapa nak elok.
Memang gerun pula nak bawa kererta dalam hujan kalau cermin kereta tak berapa nak nampak. Ada yang selesaikan masalah dengan pastikan dua tiga bulan sekali untuk polish.
Kenapa perlu bazirkan duit untuk polish cermin kereta. Boleh saja guna bahan dapur untuk pastikan air hujan tak melekat pada cermin kereta. Seperti yang dikongsikan oleh Jason Jezi ini.
Kalau ada ubi kentang yang dah ‘bergigi’ atau rosak, jangan buang terus, ada kegunaannya. Buat untuk polish kereta.
Antara cara yang boleh gunakan ubi kentang yang ‘bergigi’ untuk kereta anda. Ubi kentang yang ada ‘gigi’ atau rosak, jangan buang ada kegunaannya.
Selalunya kalau hujanm pasti titisan hujan akan melekat pada cermin. Boleh bahayakan pemanduan. Lepas ini tak perlu polish di kedai jangan bazirkan duit.
Caranya:
Potong dua ubi kentang yang dah ‘bergigi’ atau rosak.
.
Kemudian, gosokkan di permukaan cermin kereta.
.
Nanti akan lihat perbezaan antara dua cermin selepas digosok dengan ubi kentang.
.
Bezanya air mengalir laju pada bahagian vermin yang dogosok dengan ubi kentang dan langsung air tak melekat.
.
Sebaliknya, pada bahagian yang tak digosok dengan ubi kentang, masih ada air yang melekat.
Mingguan wanita : Lepas ni boleh cuba buat kat rumah. Tak perlu bazir duit beli produk polish cermin kan!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.