Cara Buat Sendiri Jus Aloe Vera Di Rumah. Didihkan 5 Minit, SIAP

Share

Biasanya, kalau beli air dalam tin, mesti ada yang pilih minuman jus aloe vera. Mungkin kalau anda yang pertama kali rasa, ia tidaklah ‘teruk’ sangat pun. Masih boleh terima kekenyalannya seperti agar-agar.

Mesti tertanya-tanya macam mana boleh hasilkan jus aloe vera ini dan cara membuatnya. Kat rumah memang banyak pokok, Cuma tak tahu macam mana nak manfaatkan nya.

Bagi tidak mensia-siakan tanaman ini, apa kata kita buat sendiri jus aloe vera kat rumah. Norija Nyoep turut berkongsi cara untuk membuatnya. Lepas ni, tak payahlah nak beli kat kedai, tambah perisa yang anda suka. Siap untuk di minum.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Korean Cream Cheese Garlic SEDAP, Semerbak Bau Satu Rumah!

Buat Sendiri Kuah ROJAK BUAH. Rasa Sekali Mesti Nak Makan Berkali-Kali

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Cara Membuat Jus Aloe Vera

1. Mula-mula, ambil beberapa helai daun aloe vera yang sudah berbunga.

2. Kemudian, potong aloe vera ni dan kupas kulitnya.

3. Ambil isi seperti ini.

4. Potong isi aloe vera tu halus-halus bentuk kiub. Cuci potongan tadi dan toskan.

5. Masakan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula secukupnya.

6. Bila air + gula dah mendidih, masukkan kuib aloe vera yang ditoskan tadi dan kacau. Biarkan mendidih lagi beberapa minit sehingga kuib aloe vera tu terapung.

7. Apabila isi aloe vera dah terapung, kacau dan biarkan mendidih 5 minit. Jangan lama sangat nanti isi aloe vera tu hancur. Selepas itu, padam api dan biarkan sejuk.

Dah sejuk, masukkan ketul ais dan siap untuk di minum. Selamat mencuba.


.

MW: Kalau nak bagi sedap, bolehlah letak macam-macam perisa kan!

Sumber: Norija Nyoep

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora