Mudahnya DIY Rumah Kucing Dari Bakul, Tak Sampai Pun RM10

Share

Cara buat DIY rumah kucing yang ditunjukkan ini memang mudah dan cepat. Tak perlu nak bertukang bagai. Paling penting, guna bahan terpakai seperti bakul. Dan kosnya tak sampai pun RM10. Kreatif sungguh!

Cik Puan Siti Noor Hafiza (Cik Puan NoorJaa Aqhashah) ini tunjukkan cara-cara membuatnya dengan detail. Sampai ke costing pun dia tolong kirakan.

DIY Rumah Anak-anak Bulus

DIY rumah untuk anak-anak bulus. share la kalau rasa nak buat juga.” Katanya yang mengambil ilham membuat rumah kucing daripada netizen.

Bahan Dan Kos DIY Rumah Kucing

Bakul x 2 = RM 4.24
cable tie = RM 2.12
Alas kaki x 1 = RM 2.12
Gergaji = dah ada kat rumah ?
Baju tshirt tak pakai jaa guna baju tido

Total: RM 8.48 (jimat banyak)

Cara Membuat

Tanda bahagian nak potong. Bahagian atas untuk buat pintu

 

Macam ni

 

Ukur potong bahagian bawah pula

 

Siap masukkan alas kaki

 

 

Kemaskan gunakan cable tie ikat tepi pintu tepi dan belakang

 

Siap! nak macam ni pun boleh nak pakaikan baju pun boleh.

 

Tadaaa.. siap Yeayyyy!

 

Nampak Tak Betapa Syok Anak Bulus Ni Dengan Rumah Barunya

Sumber/Foto/Video : Facebook Siti Noor Hafiza

Published by
Netty Ah Hiyer