
Isi Kandungan
ToggleCara buat DIY rumah kucing yang ditunjukkan ini memang mudah dan cepat. Tak perlu nak bertukang bagai. Paling penting, guna bahan terpakai seperti bakul. Dan kosnya tak sampai pun RM10. Kreatif sungguh!
Cik Puan Siti Noor Hafiza (Cik Puan NoorJaa Aqhashah) ini tunjukkan cara-cara membuatnya dengan detail. Sampai ke costing pun dia tolong kirakan.
DIY Rumah Anak-anak Bulus
“DIY rumah untuk anak-anak bulus. share la kalau rasa nak buat juga.” Katanya yang mengambil ilham membuat rumah kucing daripada netizen.
Bahan Dan Kos DIY Rumah Kucing
Bakul x 2 = RM 4.24
cable tie = RM 2.12
Alas kaki x 1 = RM 2.12
Gergaji = dah ada kat rumah ?
Baju tshirt tak pakai jaa guna baju tido
Total: RM 8.48 (jimat banyak)
Cara Membuat








Nampak Tak Betapa Syok Anak Bulus Ni Dengan Rumah Barunya
Sumber/Foto/Video : Facebook Siti Noor Hafiza
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raya Tanpa Arwah Ayah, Nabil Rindu Momen Bersama “Ibu Lebih Sedih”

Isi Kandungan
ToggleRaya Tanpa Arwah Ayah, Nabil Rindu Momen Bersama “Ibu Lebih Sedih”. Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat Nabil sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi.
“Aidilfitri yang berbeza” itulah antara yang diluahkan oleh pengacara, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad ketika ditemubual tentang sambutan Aidilfitrinya pertama kali tanpa bapa tercinta, Ahmad Ismail yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.
Raya Tanpa Arwah Ayah
Walaupun masih merasai kehilangan insan tersayang namun Nabil menyatakan dia meraikan Aidilfitri bersama ibu, isteri dan anak-anak yang sentiasa memberikan kegembiraan buatnya.
“Setiap tahun kami adik-beradik akan beraya bersama dengan ibu dan ayah.
“Jadi bila pertama kali beraya tanpa ayah, tentulah sedih dan rindu dengan momen ketika arwah masih ada.
“Namun kami masih boleh bertahan dan mengawal perasaan itu, tetapi sebaliknya dengan ibu yang mungkin lebih sedih sebagai isteri yang telah lama hidup bersama arwah.
“Bagaimanapun, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Ibu ada anak-anak dan cucu yang ramai di sisi” kongsi Nabil.
Arwah Ayah Penyayang & Rajin Melayan Cucu
Mengimbas kembali kenangan bersama arwah bapanya, Nabil menerangkan arwah ayahnya seorang yang cukup penyayang dan suka melayan karenah cucu terutamanya ketika pulang beraya.
“Banyak sangat kenangan dengan arwah dan sukar untuk disebut satu-satu. Apa yang pasti arwah ayah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan cucu-cucunya.
“Mungkin sebab anak-anak semua sudah besar, jadi perhatiannya beralih kepada cucu,” luah Nabil yang turut memberitahu kini menumpang kasih dengan bapa mertuanya.

Rancang Jadual
Kali ini Nabil turut menjelaskan sambutan hari raya sedikit berbeza dek kerana dirinya tidak dapat bercuti raya lama berikutan terikat dengan tugasannya sebagai penyampai radio untuk slot 3 Pagi Era bersama Radin dan Azad Jazmin sejak Julai tahun lalu.
“Sebelum ini boleh cuti raya lama, tetapi sejak jadi penyampai radio di slot pagi, kena rancang dan atur jadual betul-betul.
“Balik kerja, kena tidur dulu sekejap dan selepas itu barulah boleh bawa isteri dan anak-anak pergi beraya.
“Apa-apa pun, alhamdulillah sejak anak-anak dah besar semua urusan jadi lebih mudah sedikit berbanding sebelum ini,” ungkapnya sewaktu ditemubual di Hotel Meridien, PJ.

Baca Disini : “Pernah Diganggu Penyondol Tapi Tak Layan…” Nabil Bersyukur Isteri Banyak Bersabar
Mingguan Wanita: Apapun seronok tengok gelagat Nabil, isteri dan anak-anak yang ceria berhari raya.
Sumber: Instagram Nabil Zira
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Tahun Tak Dikurniakan Anak, Beto Kusyairy Terus Ingin Cipta Kenangan Berdua Dengan Isteri

14 tahun tak dikurniakan anak, Beto Khusyairy terus ingin cipta kenangan berdua dengan isteri. Bahagia itu menurut apa yang kita cipta. Falasafah bahagia itu juga berbeza-beza mengikut individu dan ia tidak sama antara satu sama lain.
Jika ramai lelaki merasakan selepas berkahwin, anak itu ada sebagai pengikat kasih dan andai tidak dikurniakan cahayamata mereka memilih berkahwin lain tetapi semua itu tidak sama dengan pendirian Beto Kusyairy.
14 tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang, Tisha Shahar tanpa dikurniakan anak, bukan hal yang luar biasa bagi pelakon hebat ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Anak-Anak Bertanya, Kenapa Ramai Tidak Suka Auntie?” Masih Berkawan Dengan Watie
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya @Beto Kusyairy sering ditanya tidakkah dia ingin berkahwin lain kerana tiada anak, jawapannya cukup mudah iaitu dirinya ingin terus mencipta bahagia dengan isteri dikasihinya itu.
@user1285999598428 Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah😊 #fansbetokusyairy #fyp #foryou #foryourpage #fypシ #fypシ #masukberanda #masukberandagak #masukberandagak #berandafyp #berandagak #berandafyp #berandafyp #foryou #halimun ♬ original sound – I . S . A ✌🏼 – ALONGRORO 🧬
Mungkin bagi orang lain, anak itu pengikat kasih paling penting tetapi menurut pelakon filem Mat Kilau ini, cukuplah dirinya ingin terus mencipta bahagia bersama isterinya itu.
Sudah saling mengenali selama 24 tahun, jelas Beto, hanya Tisha “one & only” di hatinya.
24 tahun saling mengenali, jelas Beto dirinya ingin terus menua bersama-sama.
Dari respon diterima dari peminatnya, kata mereka susah mencari lelaki setia sekarang dan mendoakan agar hubungan cintanya bersama isteri walau belum dikurniakan cahayamata terus subur. Bahkan tak kurang juga mendoakan agar Allah mengurniakan anak buat pasangn bahagia ini.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
TEPUK JER PUN LELAKI BOLEH MENANGIS, ITULAH HEBATNYA PEREMPUAN…
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelukan Terakhir Seorang Ibu, Anak Kecil Maut Terhentak Pada ‘Dashboard’

Dalam sibuk-sibuk info kepentingan guna car seat untuk anak, semalam tular di laman media sosial kes anak kecil perempuan berusia lapan bulan maut terhentak pada dashboard selepas kenderaan dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Dusun Panti di Kota Tinggi.
Sangat menyayat hati, apabila melihat pelukan seorang ibu sambil menangis pada anak kecilnya yang sudah tidak bernyawa. Kejadian pada 5.10 petang itu mengakibatkan mangsa dari Endau, Mersing maut di tempat kejadian. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama keluarganya hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
“Secara kebetulan pada masa sama sebuah Proton Wira dari arah Johor Bahru ke Mersing tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta keluarga mangsa. Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana cedera di kepala akibat hentakan pada papan pemuka kereta, ” kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ashmon Bajah.
Dalam kejadian berasingan, Ashmon berkata, seorang lelaki, 33, maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 25 Jalan Johor Bahru-Mersing.
Katanya, kejadian berlaku pada 7.30 malam mengakibatkan mangsa Rosli Suder dari Kampung Mawai meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan.
Katanya, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
DOA UTK ANAK KECIL YANG MENINGGAL
*اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطاً وَذُخْراً لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيْعاً مُجَاباً . اللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِي كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا، وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ*
“Ya Allah, jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala dan sim-panan bagi kedua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabul-kan doanya. Ya Allah, dengan musibah ini, beratkanlah timbang-an perbuatan mereka dan berilah pahala yang agung. kum-pulkan anak ini dengan orang-orang yangshaleh dan jadikanlah dia dipeliha-ra oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmat-Mu dari siksaan neraka jahim.“

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا فَرَطاً، وَسَلَفاً، وَأَجْراً.161.
“Ya Allah, jadikanlah kema-tian anak ini sebagai simpanan pahala dan amal baik bagi kami.“
Takziah buat keluarga mangsa dan moga tabah menerima ujian Allah di bulan Ramadan. Al-Fatihah.
Sumber: Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI