Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin, Lembut & Sedap, Pasti Jadi!

Share

Hidangan Puding Karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, teksturnya yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, malah cukup enak dinikmati ketika sejuk. Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah.Bila buat sendiri, lebih puas hati.

Ikut resipi ini.

Bahan-Bahan:

5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla

(Karamel)

5 sudu besargula
2 sudu besar air

Cara Membuat:

1.Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.

2.Satukan semua bahan-bahan puding didalam mangkuk.

3.Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.

4.Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.

5.Kukus selama 45min atau sehingga masak.

6.Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Info Ekstra!

1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.

2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur,pic atau strawberi sebagai hiasan.

Sumber : hanamemories.blogspot.com

Published by
Suhaidah Abd Wahab