Cara Buat Popia Coklat, Senang & Cepat Siap, Lagi Ranggup, Boleh Buat Niaga!

Share

Sebenarnya, banyak hidangan yang boleh digunkan dengan hanya guna kulit popia. Salah satu yang mudah dan senang tentulah popia coklat. Cara yang paling mudah dan senang, sama seperti popia nestum.

Kali ini, Norazian Jamal berkongsi cara nak buat popia coklat yang sangat senang nak buat dan sedap. Katanya, dia turut buat berniaga dengan snek ini sejak 5 tahun lalu.

Tambah-tambah kalu musim perayaan, selain daripada biskut-biskut raya biasa, boleh saja buat popia coklat ini. Nak makan sambil tengok tv pun boleh. Ralit sampai habis satu balang tak sedar.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Smores,  Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Buat Dengan Anak-Anak!

Resipi Cookies Ala FAMOUS AMOS, 1 Bancuhan Boleh Dapat 3 Jenis, Mudah!

Info Lebih Menarik DI SINI

Popia Coklat Buat Niaga

Selalunya, cara ini gunakan roti tapi Norazian lebih suka guna popia. Katanya lagi ranggup dan sedap. Menariknya, popia coklat ini siap buat niaga lagi.

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia – potong 6
Kepingan coklat berlys
Nestum
Tepung gandum + sedikit air untuk gamb kulit.
Kulit popia – potong mengikut saiz yang diinginkan.

Cara Membuatnya:

1. Bahan yang digunakan.

2. Gulung popia dan susun. Tindan-tindan seperti ini dan sapu gam pada hujung kulit untuk bagi lebih cepat sapu. Lepas tu, gulung dan gam cepat-cepat.

3. Lipat suku dulu dan barulah lipas habis.

4. Bila dah siap, susun dalam dulang. Jangan ditindih untuk elak kulit penyek. Jemurkan kulit popia tadi untuk dapatkan hasil yang bulat dan ranggup.

5. Goreng dan biarkan ia sejuk.

6. Cairkan coklat masakan. Nak tambah butter pun boleh supaya ia nampak berkilat. Tapi memandangkan salut dengan nestum, ia taklah nampak kilatnya.

7. Bagi mengekalkan coklat cair, biarkan air panas di bawah sampai siap. Masukkan kulit popia ke dalamnya bekas coklat dan gaul perlahan-lahan sebab ia sensitif dan mudah pecah. Apabila sekata, angkat dan goleskan di atas nesti. Jangan risau kulit popia tadi tak lembik ebab coklat itu bukan air.

8. Angkat guna lidi.

9. Coklat yang sudah bersalut nestum tadi di susun.

10. Susun dalam dulang dan boleh taburkan nestum juga.

11. Simpan dalam peti ais untuk bagi coklat cepat keras. Agak-agak dah keras, boleh keluarkan. Tapi nak biarkan dalam suhu bilik pun boleh.

12. Dah siap.

Mingguan Wanita : Tak adalah susah untuk membuatnya. Rasanya mahu sekelip mata anak makan terus habis. Selamat mencuba.

Sumber: Norazian Jamal

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora