Pajeri Nenas memang lebih sedap bila kuahnya pekat dan likat. Sebagai anak, bila berkesempatan masaklah untuk mak ayah tersayang. Ini kerana ia akan menjadi kenangan manis bila mereka telah tiada dan menemui pencipta. Masakan seperti Pajeri Nenas ini antara menu kegemaran orang lama, kesukaan ramai mak ayah kita.
Semenjak ayah meninggal saya dah tak buat pajeri nenas. Baru harini saya buat sambil ditemani kenangan ayah, terdengar-dengar suara ayah. Sedapnya pajeri hang buat ni. Ayah dah tak pernah puji pajeri kalau saya beli, ayah cakap orang ni tak pandai buat pajeri yang pandai buat pajeri anak dia ja. My rindu ayah teramat-amat rindu.
Terima kasih Allah tinggalkan secebis kenangan yang buat semakin hari semakin aku rindu.
(Mungkin bukan masakan saya telalu sedap tapi kasih sayang seorang ayah tu melebihi segalanya).
1 1/2 pek kecil rempah kari daging
4 sudu besar kerisik
udang kering ikut suka nak banyak mana
gula merah agak-agak
sedikit garam
bawang putih, bawang merah (dihiris nipis)
kayu manis, bunga lawang, 2 biji buah pelaga, daun kari
nanas / terung
1. Masukan minyak, tumis bawang dengan 3 sekawan sampai naik bau.
2. Masukan serbuk rempah kari gaul-gaul rata bagi semua kena minyak api jangan besar nanti hangus. Masukkan air.
3. Tumis sampai pecah minyak tambah air. Ulang sehingga rempah betul-betul masak.
4.Kemudian masukan nanas, kerisik, masukan gula masa ni tambah air biar didih sehingga kering dan nanas masak elok menyerap kuah.
5.Akhir sekali masukan udang kering, daun kari dan sedikit garam.
6.Biarkan mendidih, jika suka kuah cair tambah air. Arwah ayah suka kuah pekat.
Siap! Selamat mencuba
Baca Lagi Di Sini:
Tok Yah Ajar Satu Persatu Cara Masak Pajeri Style Utara, Memang Sedap Terangkat!
Kalau Masakan Pajeri Mak-mak Ada 10 Rahsia Ini, Barulah Betul Itu Resepi Original
Mingguan Wanita: Memang sedap makan Pajeri Nenas yang kuah pekat likat dengan nasi panas.Memang boleh makan bertambah-tambah nanti. Boleh cuba masak pajeri nenas ikut resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Momo Chan
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita